Assalamualaikum..
hai uolls. lamenye saya tak hapdet belog yang hampir² berkabus ini kan?? takde habuk² pun. cuma kabus je yang banyak. jerebu katekannnnnnnnnnn.. kekekeke.. jerebu pon bolehhhh.. nak update tapi kena tunggu waktu rehat. selain dari tu adalah waktu bekerja. hehe. kat rumah?? ohh tu waktu untuk saya buat kerja rumah. kerja jugak ape kan?? :p
saya nak cerita sikit ni. sikit je lah. kot. benda sikit je. tapi nanti bebelnye yang banyak. ada satu hari tu saya tengah duduk². tetiba saya telah didatangai seorang pakcik. pastu borak²lah sikit dengan dia.. pastu tetibe dia cakap "kamu ni nanti umur 40an mesti lagi bertambah cantik.." saya terkedu. ------ saya tanya pakcik tu, "yeke?? mane pakcik tau??" pakcik tu jawab "selalu perempuan akan nampak lagi cantik bila dah masuk umur 40an. sekarang kamu dah cantik, nanti kamu mesti lagi cantik.." saya hanya senyum je. "betul ni saya cakap.. kamu jagalah diri kamu tu.. jangan sampai orang kacau² kamu.. "
pakcik tu terus nasihatkan saya.. saya cuma mengangguk dan senyum je. :) InsyaALLAH selagi saya bernafas, saya akan jaga peribadi saya. tapi kan, belum masuk umur 40an pun, sekarang dah ada yang kacau. camne tu?? (--") bangga?? tak pun. rimas wei. kadang² kalau jalan kat luar sorang² rasa macam nak tulis kat dahi "DON'T DISTURB ME".
tapi, betul ke perempuan akan nampak cantik bila dah cecah 40an?? patutlah Che Ta nampak cantik. kan?? eh, mak saya lagi cantik. :) perempuan memang kena jaga kecantikan. sama ada luaran atau dalaman. nak cantik senang je. kena senyum selalu.. kalau orang taknak balas senyum tu lantak dia. hahaha.. pastu kalau nak masak nasik tu kan, air basuhan beras tu jangan buang.. asingkan. boleh buat basuh muka. insyaALLAH kulit bersih tapi takdelah bersih sangat. cuma nampaklah jugak kesegaran kat muka tu.. saya kadang² buat kalau teringat. kalau tak ingat takdelah buat. :p pastu kalau nak lagi cantik kan, tepeklah bedak banyak². ha, sampai nampak cantik. hihi..
cantik ke, tak cantik ke, bersyukur je lah dengan apa yang ada. :)
dah, tu je nak cerita. tata.
#notakecik : tak tau nak buat ending ape. hahahahaha..
No comments:
Post a Comment