terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Friday, June 14, 2013

unknown number

Assalamualaikum..




dah Jumaat. weee.. happy!! happy!! bercuti-cutianlah kite esok dan lusa sebelum kembali Isnin. kihkihkih.. bosan pulak duduk opis ni. orang lain rehat pergi keluar. hari Jumaat kan rehat lama. hari ni duduk opis je. ape lagi yang boleh dibuat, kan?? sebelum layan Candy Crush Saga, baik update blog jap.




hari ni betul² murah rezeki. jimat duit makan. ngeh².. pagi tadi cik abang belikan breakfast nasi lemak. rajin pulak dia pergi beli. selalu makan kat rumah je. :p bila sampai opis, ada pulak orang belanja breakfast.. terima kasih Kak Pidah sebab belanja kami semua.. semoga akak murah rezeki.. aminnnnnnn.. :) tapi, saya dah makan nasi lemak yang cik abang belikan. camne tu?? hew hew.. dua² nasi lemak pulaknya. gemok baliklah ni. adoi. hahahahaha..





tapi saya tak makan pun nasi lemak yang Kak Pidah belanja tu.. sebab dia belanja untuk kewangan kan. bagi dorang makan dulu je lah.. so, saya makan je lah nasi lemak yang cik abang belikan tu.. tak kan lah nak makan dua², saya bukan pelahap hokkeyyyy.. huhu.. pastu tengahari ni saya baru makan nasi lemak yang Kak Pidah belanja. bukan tak makan langsung pun.. nasib baik ada lagi. heee.. Alhamdulillah kenyang dah.




eh, jap. sebenarnya saya nak cerita pasal lain. tetibe cerita pasal nasi lemak pulak. (--"). semalam turn saya pergi Putrajaya. biasalah kan rutin orang kewangan ni, gilir² pergi sana. pastu masa on the way nak pergi tu, saya dapat call dari someone. lelaki. ingatkan abang² opis ke, tak pun sape² yang kat tempat kerja yang nak kirim pape. saya pun jawab je lah.




saya : "hello"

unknown : "hello, ni Rosa ke??" 




Rosa?? panggilan Rosa ni untuk orang kat tempat kerja je. tempat lain takde.. saya tak mengiyakan pun tu saya. saya terus tanya "sape ni??" orang tu jawab, "kawan D**** A***.. eh awak tak pergi kursus kat Morib ke??" pe jadah tetiba nak tanya saya pergi kursus ke tak?? saya tak jawab pun, saya lagi tanya tu sape. selagi dia tak jawab, saya tanya lagi tu sape. pastu dia still tak jawab, saya terus letak. saya tanya baik², tapi dia taknak jawab. memang malas nak layan.





tak kisahlah awak sape. kalau awak orang yang saya kenal, takkan awak tak tahu yang saya ni dah kawen?? heyyy takde motif tau nak call² saya. please respect people boleh tak?? yang bagi nombor tepon saya tu pun memang dah kira bangang jugak. maaf, terpaksa kasar bahasa sebab geram. seriously saya tak suka orang main² bila cakap dalam tepon. kalau saya tanya, sila jawab. kalau tak jawab, memang babai.





kalau saya dapat tau sape yang bagi nombor tepon saya tu memang siaplah nanti. tunggu saya pulak yang jual nombor dia. jangan cabar saya. nasib baik dia cuma call sekali je. kalau dia call balik memang dapatlah kata² yang tidak sepatutnya keluar dari mulut saya ni. kalau benda penting saya boleh terima. kalau benda yang remeh, saya tak layan. nak sangat kacau orang, baik pergi kacau orang yang bagi nombor tu. wife orang jugak yang nak dikacau. dah takde kerja lain ke?? (--")





andaikatalah orang yang call saya semalam tu kenal saya, sila bagitau sape diri anda yang sebenar. kalau ada hal penting, bagitau direct. tak payah nak melencong² tanya benda merepek². buang masa tau tak?? jangan tengok pada luaran je. jangan ingat saya comel [ke??] saya tak garang. memang saya garang. kalau nak kena maki, buatlah pasal dengan saya.





okey, tu je nak cerita. nak main Candy Crush Saga pulak. tata. :)

1 comment:

Aty_Fared said...

tak suker kan orang kacau kite macam tu..saye ni..jarang nak angkat nombor tak kenal..kejam kan...saye selalu pikir..kalau betul2 hal penting..boleh mssg jer kot kalau saye tak angkat...:)