terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Thursday, July 24, 2014

[DEKORASI] dapur in progress 5

Assalamualaikum..




okey, kali ni baru ada kesempatan nak update entry. cadangnya nak buat semalam tapi semalam busy sangat sebab tetibe ada keje jatuh dari langit. dapat bayangkan kerja yang jatuh dari langit tu tak? ditambah pulak dengan sakit hati ni haaa.. nak cerita, tapi tu lain kalilah saya cerita yee. entry ni nak cerita pasal dekorasi je. :p




sebelum tu, tengok gambar² kat entry INI dulu. kalau tak tengok, camne nak tau perkembangan terbaru. kan? tu pun kalau korang nak tengok. taknak tengok ye takpeeee.. tak paksa pun.




okey, meh nak belanja gambar sepanjang progress dapur kali ni. pasang tiles!! amboi kenmaen ko kan alin, nak tiles² bagaaaiii.. mihmihmih.. abah saya yang pasangkan. nak upah orang lain pasang memang kami tak mampu.. ni pun rasa serba salah jugak nak mintak abah pasangkan. nasib baik abah nak tolong jugak. sayang abah lebih lah camni. muehehe..





pasang tiles pun amek masa 3 minggu. almaklumlah abah buat sorang² je. pastu bulan puasa pulaknye. kesian. mesti letih sangat. T_T Alhamdulillah siap jugak pasang tiles kat lantai dapur. haaa lantai dapur je. bawah kabinet tu belum siap sebab saya cadang nak pakai tiles warna hitam. tu pasang lepas raya je lah. asalkan lantai dapur dah siap pasang. selesa sikit nak pijak lantai. hehe.. :p eh eh eh abaikan barang kat bawah tu. lalalalala~






okey, gambar bawah cerita pasal cat pulak. yeee.. penat kooo nak mengecat lagi. dah lama tak main ngan cat ni. saya pun tak tau okey ke tak warna cat tu. saya main pilih je. asalkan cat. lantakkkkkkkk.. lagipun kat dapur je. belasah je lah warna pape je pun.


SEBELUM



SELEPAS



gambar bawah ni, sebelum letak peti ais. nampak tak peti ais kat sebelah tingkap tu? ko dapat bayangkan tak ktorang alihkan peti ais dari situ nak ke tempat yang sekarang??



haaa kat sini [tengok gambar bawah]. dapat bayangkan tak?? dah lah saya je yang alihkan. sakit kaki, sakit tangan, sakit pinggang. adoi doi doi.. nasib baik dapat alihkan jugak. nampak tak yang ktorang ni gagah?? kihkih.. :p




okey, aritu pergi Ikea lepas buka semata² nak beli rak yang kat gambar bawah ni. sempat sangat kannn.. sanggup pecut laju² sebab nak cepat sampai. nasib baik jalan tak jammed n tak ramai orang kat Ikea. dapatlah kami shopping dengan suka hati.. eh, masa shopping kat Ikea, terjumpa ngan cik epal blogger tu. dapatlah borak sekejap. gambar? nan hadooo sebab saya tengah selekeh. kahkah.


 

yelahhh.. mampu pakai rak ni je. mane mampu nak pakai kabinet dapur cantik² macam uols. jangan tengok stok makanan tu. memang sikit je. yang lain letak kat almari kecik sebelah peti ais tu. kalau letak semua makanan kat rak tu kang habis kena makan ngan cik titi. (--")




okey tu je dapat cite pasal dapur. tunggu entry lain jap g. ade nak story pasal dekorasi lagi.. ehhh.. esok kot. ke lepas raya. miaahahaha.. tak payah tunggu lah senang. kalau ada, ada lah. kalau takde, takde lah. :p




tata.



1 comment:

Aty Fared said...

tak lama lagi cantik lah tu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...