terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label decoration. Show all posts
Showing posts with label decoration. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

kembali setelah lama menyepikan diri.

tajuk entry nampak sangat menipu. bukan lama sangat pun kan sampai nak buat tajuk camtu. mengada nak buat tajuk entry camtu sebab tak tau nak buat tajuk ape. :p




kenapa ntah mood nak mengupdate blog tetibe hilang. saya sendiri pun tak tau. ke dah malas nak update?? ke dah malas nak bukak blog?? ke dah malas nak menaip?? ke ke ke.. em.





sekarang ni pun kene termenung dulu baru taip. termenung. taip. termenung. taip. (--")





macam buang masa je korang baca entry ni sebab takde input langsung. hikhik. dahlah. nanti² update lagi. tata!!



tengah carik idea nak deco rumah camne. hmm..


#notakecik : saya pelik tengok awak. kenapa awak begitu. :p
 

Thursday, September 20, 2012

[DEKORASI] almari baju + rak pinggan

Assalamualaikum semua..



nak cerita pasal rumah lagi boleh tak?? hikhik.. best pulak cerita pasal rumah ni. emm 2hari lepas pergi shopping kat Jusco Bukit Raja, beli almari baju. tapi ni almari sementara je sebab almari baju kami belum ready lagi nak diangkut dari rumah family saya kat meru tu sebab besar sangat.




tau tak nak pasang almari ni telah menyeksa jiwa kami. sampai gaduh² sebab susah sangat nak masukkan cover dia tu. nasib baik gaduh kecik je. alaa gaduh manja² je.. hikhik.. :p baju dah angkut sikit². nak angkut semua takut takde space pulak nanti.. lagipun kami belum duduk rumah tu lagi.. kami pergi pun sebab nak kemas² je.:)




nampak tak tu rumah masih bersepah lagi. extension wire pun masih bersepah, dia pasang mirror box ngan ampaian kat bilik mandi. so dia letak je situ dulu. saya pun tak perasan, main amek je gambar. dah la kualiti gambar tak cantik. kuikuikui.. maaflah yeee..




carik rak pinggan mangkuk kat Jusco tak jumpa pun.. kalau ada pun yang kecik tu.. tapi tu dah beli aritu.. tapi saya nak yang besaaaarrrr punyaaaa... macam kat rumah family saya tu haaa.. senang sikit nak menyimpan.. kot²lah ada family nak datang rumah, tak payahlah nak sibuk² keluarkan pinggan kat kotak sebab dah ada yang standby..




so pergi kedai kat area Econsave Klang tu. deret² situ memang ada kedai barang² camni. sampai sana kedai dah nak tutup so saya cepat² masuk. HAHAHA.. nasib baik sempat dan memang kami bernasib baik sebab dapat jumpa rak pinggan tu.. yeehaaa.. ape lagi, kami terus beli!! :)



beli tong sampah pun kat situ.. pinggan pun kat situ.. kuali pun kat situ.. senang cerita banyaklah beli barang² kat situ sebab semua ada.. rasanya banyak kali jugaklah kami pergi kedai tu. eh eh maaflah ye dinding tu belum cat lagi sebab tu ghope dia camtu.. XD




pasni nak mulakan proses mengecat rumah pulak..tapi cat undercoat dulu lah.. hehehhh.. sebelum ni cat bilik sendiri sekarang kena cat rumah sendiri.. seronok pulak bila alami sendiri semua ni.. :)




eksaited sangat ni!! :p




Tuesday, September 18, 2012

[DEKORASI] beginning

seronok pulak baca blog yang cerita pasal deko deko ni.. hmm bilalah rumah saya nak start buat deko.. asal nak mula je mesti ada je barang yang kena beli, means, ade je lah yang tak cukup.. so kena guna banyak duit..




bila nak cat rumah pun tak tau.. kena kemas² dulu baru start cat rumah kot.. memang dah kemas dah, aritu pun saya kata dah basuh n kemas rumah kan?? hmm tapi rasanya hari² kena kemas sebab cik abang tu ada je menda yang dia nak buat. macam aritu dia pasang shower kat dalam bilik mandi.



actually shower memang dah ada before kami masuk rumah tu cuma sistem perpaipan yang orang tu pasang nampak tak kemas. nampak tak ada kesan warna putih kat gambar atas tu?? haa tu kesan dari ampaian yang orang sebelum ni pasang... cik abang cabut sebab nampak serabut. shower tu asalnya dekat situ. penyewa lama cuma tahan guna ampaian tu je bagi paip shower tu tak jatuh. dapat bayangkan tak camne rupanya?? memang sangat serabut tau!! (--")




cik abang alihkan shower tu kat situ sebab saya bagi plan kat cik abang, nak pasang water heater nanti.. hehehhh.. mengada kan nak pasang water heater.. takpelah, rumah sendiri kan, bukan rumah orang lain.. :p




cat tu pun tak menarik perhatian kami.. sakit mata tengok.. bahagian situ memanglah nampak kemas, tapi bila tengok bahagian belakang pintu n tandas, ya ampuuuunnnn.. macam cat tak ikhlas je. so kami decide nak tukar warna cat terus. tapi tu nanti²lah beli..hikhik..




kalau ikut plan kami, kami nak settlekan bahagian dapur ngan ruang makan dulu tapi tu lah kena kumpul duit banyak dulu, baru buat. almaklumlah sekarang duit banyak digunakan untuk barang² keperluan so kami hold dulu pasal hias² rumah. :)





kami percaya rezeki tu ada.. cuma cepat dengan lambat je.. pape pun, kami bersyukur sangat² sebab dikurniakan rumah untuk berteduh.. Alhamdulillah.. :)





balik kerja nanti kami nak survey perabot.. moga² jumpa yang berkenan di hati.. hikhik.. cik abang tahu saya ni jenis cerewet bab hias rumah.. lagipun dalam rumah tu kecik je. so takkan nak beli perabot besar² pulak kan?? :p




eh, shower tu cik abang yang pasang sendiri tau!! kami takde panggil orang suruh buat sebab cik abang tau buat sendiri.. beruntung saya kan?? hikhik.. Alhamdulillah.. :)




dah masuk Asar ni. nak solat dulu..lain kali sambung lagi..tata.. :)




#notakecik : berdoa..berdoa..berdoa.. ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...