terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label idea dekorasi ruang tamu. Show all posts
Showing posts with label idea dekorasi ruang tamu. Show all posts

Tuesday, August 13, 2013

[DEKORASI] rumah raya

Assalamualaikum..




saya nak buat entry pasal rumah boleh tak?? rumah raya. kihkihkih.. ade ke entry pasal rumah raya?? orang lain buat entry pasal baju raya, kasut raya, biskut raya, kereta raya, tunang raya, suami raya, anak raya, tapi saya nak buat entry rumah raya. ahhh peduli ape aku. kekekekekekkkk.. tengok je lah camne. rasanya sama je kok macam entry lepas yang saya cerita pasal ruang tamu. takde beza pun. tak caye meh tengok gambar.






kan saya dah cakap. same je. cuma tambahan ada biskut raya yang secoet tu je. hahaha.. tak berani nak letak banyak² sebab bukan ada orang yang nak datang beraya ponnnn.. adik beradik je yang datang. jiran² tu tak tau bila nak datang. haish tunggu saya datang serang dululah agaknye tu. hikhik.. almaklumlah saya kan baru kat sini.. :)



saya buat perubahan pada ruang ini. asalnya ada meja makan. tapi dah angkut pergi dapur. hmmm.. maybe ruang ni boleh dibuat dekorasi sikit. dah ada plan dalam kepala dah. tapi maybe lain kali sebab nak fokus kat dapur dulu. so ruang ni dibiarkan kosong buat sementara.. :)




kipas tu untuk berkipasan kat dapur. panas wei. kalau tak pasang kipas boleh rentung. kikiki.. eh eh kantoi pulak baru keluarkan microwave dari stor. :p microwave letak kat dapur. yang warna itam tu oven. eh, ke terbalik?? saya pun kompius. kikikikiki..


langsir pulak?? inilah langsir raya yang saya jahit sendiri. asalnya ada scallop untuk langsir ni tapi tak sempat nak pasang rel. yang ada ni cuma 1 rel je. kalau nak pasang scallop kena ada 2 rel. hm, bolehlah ni asalkan ada langsir. :p


nak selit jap. saya minum Aurawhite. perubahan?? entah. kahkahkah.. banyak skip. so tak dapat nak tunjuk. :p kesimpulan, tak rajin minum menatang ni. sobs. T_T




rumah simple je. so, janganlah nak gelakkan pulak. taulah rumah uolls cantik. kan?? okey tu je. tata.

Tuesday, January 29, 2013

[DEKORASI] sumber inspirasi

Assalamualaikum




selamat hari Selasa. tetibe nak jadi Monday Blues plak padahal harini hari Selasa. no monday blues monday blues hokkeyyyy.. takpe, bos tengah meeting. meh update blog sat. lagipun, mesti ada yang nak baca entry terbaru dari saya kan?? terharu pulak. :') *perasan retissss




okey, kat sini saya nak bagitau satu rahsia. hehehe.. alahhhh bukan rahsia ape pun. just nak bagitau sumber inspirasi saya untuk men-deco² rumah even takdelah nak deco sangat ni dari rancangan tv kat Astro. especially kat channel 728, rancangan Life Inspired. nak dispecifickan, rancangan Pure Design. memang best sangat² sebab mereka design rumah yang suram, bertukar jadi super duper cantik!! :)




bayangkan dapur yang nampak macam old school bertukar jadi modern look dengan tukar warna cat, ngan tukar sikit² perkakas kat kawasan dapur tu. memang totally different kalau tengok hasilnya. :) kadang² mereka ada tunjuk cara² nak DIY barangan terpakai bagi nampak baru. dan kebanyakan barang² yang mereka guna memang dari kedai barangan terpakai. jangan pandang rendah kat kedai barangan terpakai ni. kadang² barang² tu masih nampak baru lagi. 




sebelum...




selepas..





cantik kan?? macam tak caye ni adalah dapur yang sama. cuma tukar warna cat kabinet ngan table top je. :)




sebelum...




selepas...









sebelum..


selepas..









sebelum..


 selepas..






bestnye kalau dapat deco rumah sendiri cantik camni. sebenarnya nak bagi nampak cantik tu senang je. kena pandai match kan warna. kalau silap pilih warna memang kita akan rasa pelik. :) masalahnya, nak carik yang cantik tu susah pulak. takut tersalah match pun ade jugak. :p




eeee geram pulak tengok gambar² tu. hehehe.. ruang rumah agak terhad so tak dapat nak hias camtu. :p pape pun semua ni jadi sumber inspirasi bagi saya sebab BEST. hihihi.. :)




kalau korang nak jadikan rancangan tu sumber inspirasi pun boleh. kita sharing² saja.. :) okey, nak update tu je. nanti² sambung lagi. nak buat kerja sikit ni. :)




tata.




sumber gambar : SINI




#notakecik : dapur is in progress. :)

Wednesday, December 19, 2012

[DEKORASI] sofa + meja kopi di ruang tamu

Assalamualaikum,



hai semua, hari ni tak larat lagi nak buat kerja yang kene berdiri lame², so kena buat kerja yang duduk je. smalam dah tolong opismate printkan baucer, arini tak tau nak buat ape pulak. hmm ape lagi nak buat kan, update je lah blog.




kebetulan pulak ada gambar baru kat dalam kamera. hehehe.. so, ape kate kite update pasal dekorasi rumah. actually, bukanlah dekorasi sangat, sebab memang belum complete.. saje nak share dengan u ollssss.. :)




untuk ke sekian kalinya, nak share dengan korang pasal sofa kat rumah. sofa ni kami beli kat kedai perabot biasa je. alah, yang ada bangla kerja tu. kuikuikui. sama tempat saya beli meja komputer dengan kerusi. :)




sebenarnye dah lame dah survey nak beli sofa camne. konon² datang kat kedai bangla tu nak survey je tapi bila pikir² balik, kalau asyik survey je, bila mase pulak nak belinye?? sementara ada duit ni, baik beli. nanti kalau dah habis, susah pulak. (--") kalau boleh taknak beli sofa yang jenis kulit tu. sofa jenis tu kalau rosak/koyak sikit, kena ganti SEMUA. dah membazir duit dah. kalau beli jenis yang kain, rosak sikit ganti satu bahagian je. :)



rasa macam makan ruang pulak sofa ni. mase tengok aritu macam kecik je. bila dah sampai besar pulak. kuikuikui.. tapi takpelah. puas duduk kerusi ni sebab selesa. kerusi jenis ni tahan lama sikit. tapi depends kat kitalah kan nak jaga camne.. :) eh, baru perasan corak yang kami pilih ni sama macam corak kusyen dalam cerita kat tv. memang tengah fesyen ke?? kuikuikui.. :p




kipas ni cik abang pasang sendiri. saya cuma bantu ambik² barang je. tauke kedai offer nak hantar pekerja untuk pasangkan. tapi cik abang ni rajin sangat nak pasang sendiri. kuikuikui.. sisebabkan rumah kami tak tinggi, jadi kami pilih kipas yang batang pendek je. kalau ambik yang panjang nanti kipas tu kene kepala pulak. bahaya.. :p



heip heip!! tengok sofa dengan meja kopi je tau!! jangan tengok lain.. HAHAHAHA.. dinding belum cat lagi sebab tak tau nak cat warna apa. hmm.. balik nanti nak bincang dengan cik abanglah. yang putih² kat dinding tu sebenarnya plaster. cik abang tampal lubang² yang ada kat dinding tu. 



eh, sila abaikan sampah² yang kat bawah tangga ye. tu barang² dari dapur. sekarang ni tengah renovate dapur, so barang² kat dapur kena letak kat tempat lain. kecuali dapur masak je yang masih ada kat dapur.. hehehhh..




meja kopi tu harga asing². tapi kat kedai perabot tu memang dia letak 1 set camni.. berat sangat meja ni weh!! aritu kat kedai takde nak angkat², mase sampai tu saya cuba tolong cik abang nak alihkan meja, tak larat nak angkattt. berat sangatttt!!




misi mencari perabot dah settle, lepas ni cari lain pulak. hehehehe.. :p




hmm rasenye tu je kot nak cerita pasal sofa ngan meja. nanti update lain pulak ye.. tata.




#notakecik : suara takde lagi hari ni.. T_T

Tuesday, October 30, 2012

kembali setelah lama menyepikan diri.

tajuk entry nampak sangat menipu. bukan lama sangat pun kan sampai nak buat tajuk camtu. mengada nak buat tajuk entry camtu sebab tak tau nak buat tajuk ape. :p




kenapa ntah mood nak mengupdate blog tetibe hilang. saya sendiri pun tak tau. ke dah malas nak update?? ke dah malas nak bukak blog?? ke dah malas nak menaip?? ke ke ke.. em.





sekarang ni pun kene termenung dulu baru taip. termenung. taip. termenung. taip. (--")





macam buang masa je korang baca entry ni sebab takde input langsung. hikhik. dahlah. nanti² update lagi. tata!!



tengah carik idea nak deco rumah camne. hmm..


#notakecik : saya pelik tengok awak. kenapa awak begitu. :p
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...