terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label almari baju. Show all posts
Showing posts with label almari baju. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

[DEKORASI] almari yang besar gedabak

Assalamualaikum..



hari ni dah hari Ahad, 30.12.2012.. kejapnyeeee dah nak habis tahun 2012. plan hari ni nak pergi Shah Alam beli barang sikit. sebab sekarang ni tengah jahit langsir. tapi ada barang yang tak cukup pulak. adoiii.. ingatkan cukup. terpaksalah keluar kejap beli barang tu. kalau tak, tak siaplah langsir tu nanti.. (--")




okey, actually, entry ni nak story pasal almari yang besar gedabak, yang saya beli masa nak kawen aritu. kenapa beli besar²?? sebab dah tau dah baju mesti banyaaaaaaaaaakkkkkkkkkkk.. kalau beli kecik² kompem tak muat!!




2 minggu lepas mintak tolong abah saya telefon kenalan abah saya a.k.a jiran dekat² rumah family, nak upah bawak lori, sebab nak angkut almari ngan katil. tinggal dua barang ni je yang belum di angkut bawak rumah kami. kebetulan masing² tengah free, so, take time yang free tu nak angkut semua barang tu.




sehari sebelum tu, saya ngan cik abang bersengkang mata wrap semua barang² tu. kenapa wrap?? sebab, semua tu warna putih. for safety, kena wrap jugak. kalau main letak je atas lori nanti kotor n rosak pulak. dah tak cantik kan..




lepas dah angkut semua barang, kami angkat barang yang kecik² dulu yang boleh bawak naik atas. macam meja solek, katil, tilam, side table n isi² dalam almari. tu je benda yang kecik. yang lain besar²..



mesti korang tak caye bila saya kata almari saya besar kan?? nak bukti?? bhahahaha.. nanti saya tunjuk bukti. sampai tak muat nak bawak naik atas tau.

tengok, nak naik tangga pun tak muat. acaneeee?? ada DUA pulak tuuu.. huhuhuhuuuu..
terpaksalah pejamkan mata buat² tak nampak ape yang dah jadi kat almari kuuuu.. KOPAK SEMUAAA..
tengok, ini adalah terpaksa okkeeyyyy.. T_T

okey, time ni dah bawak naik bilik.

yeayyy akhirnye siap jugak almari kuuuu.. :) almari sebesar ni pun still tak muat nak simpan baju. camne?? (--")

semua ni cik abang ngan adik lelaki saya yang tolong buatkan. ni memerlukan 2 orang, saya tolong ambik²kan barang je.. hihihi.. Alhamdulillah siap jugak almari ni even tak sempurna macam mula² pasang. bila dah kopak semua, nak pasang balik dah tak sama pulak. ukuran jadi tak sama n ade ruang² yang terhasil. means, almari jadi tak rapat.. huhuhuuu.. takpelah. asalkan almari ni tak roboh n boleh buat simpan semua baju yang banyak banyak banyak tuuuuuu.. :)




pengajaran buat bakal² pengantin, bila dah tau lepas kawen tu nak duduk kat rumah bertingkat², tak payahlah nak beli almari besar² sebelum kawen yeee.. nanti menyusahkan diri sendiri jugak. kalau rumah setingkat tu takpe. rumah yang kami duduk ni, problem kat tangga je. sempit kat situ. (--") tapi kalau korang nak beli almari lain, terpulanglah. saya angkut almari dari rumah family sebab saya bukan kaya sangat nak beli almari banyak². pengantin bajetttttttt.. bhahahaha..




takpelah. semua dah selesai pun. hehehe.. baju² pun dah selamat simpan dalam tu. Alhamdulillah.. happy sangat dapat angkut almari tu even dapat luka² dan lebam² yang banyak kat kaki. T_T [menangis kegembiraan]




okey, stop sini dululah. nak siap² pergi beli barang langsir ni. tata. :)




#notakecik : esok kerja. @_@

Monday, October 8, 2012

baju lapuk

pergi kerja pakai baju kurung. eh memang pakai baju kurung je bila pergi kerja. so baju memang recycle recycle recycle. itu je lah baju yang selalu pakai. sameeeeeeeee je tiap² bulan. (--")




baru perasan baju banyak dah lusuh dan lapuk. mana tak nye, recycle dari zaman study dulu. mula study 2005, habis study 2008. ce kira berapa lama dah. baju dah banyak berjasa.




malam tadi ada kerajinan untuk mengemas almari baju. belek belek belek. kemas kemas kemas.. pastu ada kerajinan menggosok baju untuk pergi kerja.





dan.....................................................





jadi camni.

 
rajin sangat sampai muncul 1 lobang kat kain. nasib baik kain. kalau baju?? (--") nak salahkan sape?? nak salahkan kain yang memang dah lapuk, atau seterika?? atau nak salahkan diri sendiri sebab cuai?? sebelum ni takde pun lobang² malam tadi boleh pulak muncul lobang. T_T [tetap taknak salahkan diri sendiri]




time rajin boleh pulak jadi camni. time malas takde pulak. lepas ni kena jadi malaslah. kalau rajin, habis semua baju lobang² nanti. (--")




sebenarnya, ini motif untuk bodek cik abang belikan baju baru. :p




tata.





#notakecik : kurangkan makan. bukan tak makan terus. itu tips DIET!! :)


Thursday, September 20, 2012

[DEKORASI] almari baju + rak pinggan

Assalamualaikum semua..



nak cerita pasal rumah lagi boleh tak?? hikhik.. best pulak cerita pasal rumah ni. emm 2hari lepas pergi shopping kat Jusco Bukit Raja, beli almari baju. tapi ni almari sementara je sebab almari baju kami belum ready lagi nak diangkut dari rumah family saya kat meru tu sebab besar sangat.




tau tak nak pasang almari ni telah menyeksa jiwa kami. sampai gaduh² sebab susah sangat nak masukkan cover dia tu. nasib baik gaduh kecik je. alaa gaduh manja² je.. hikhik.. :p baju dah angkut sikit². nak angkut semua takut takde space pulak nanti.. lagipun kami belum duduk rumah tu lagi.. kami pergi pun sebab nak kemas² je.:)




nampak tak tu rumah masih bersepah lagi. extension wire pun masih bersepah, dia pasang mirror box ngan ampaian kat bilik mandi. so dia letak je situ dulu. saya pun tak perasan, main amek je gambar. dah la kualiti gambar tak cantik. kuikuikui.. maaflah yeee..




carik rak pinggan mangkuk kat Jusco tak jumpa pun.. kalau ada pun yang kecik tu.. tapi tu dah beli aritu.. tapi saya nak yang besaaaarrrr punyaaaa... macam kat rumah family saya tu haaa.. senang sikit nak menyimpan.. kot²lah ada family nak datang rumah, tak payahlah nak sibuk² keluarkan pinggan kat kotak sebab dah ada yang standby..




so pergi kedai kat area Econsave Klang tu. deret² situ memang ada kedai barang² camni. sampai sana kedai dah nak tutup so saya cepat² masuk. HAHAHA.. nasib baik sempat dan memang kami bernasib baik sebab dapat jumpa rak pinggan tu.. yeehaaa.. ape lagi, kami terus beli!! :)



beli tong sampah pun kat situ.. pinggan pun kat situ.. kuali pun kat situ.. senang cerita banyaklah beli barang² kat situ sebab semua ada.. rasanya banyak kali jugaklah kami pergi kedai tu. eh eh maaflah ye dinding tu belum cat lagi sebab tu ghope dia camtu.. XD




pasni nak mulakan proses mengecat rumah pulak..tapi cat undercoat dulu lah.. hehehhh.. sebelum ni cat bilik sendiri sekarang kena cat rumah sendiri.. seronok pulak bila alami sendiri semua ni.. :)




eksaited sangat ni!! :p




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...