Assalamualaikum..
salam Isnin. hari yang meletihkan. kene bangun awal pagi, sebab kena datang tempat kerja awal. semua gara² kena perform koir untuk MAPPA. arghh!! seriously, totally letih. sangat² letih. tapi takpelah. sekurang²nya dapat jugak menyumbang tenaga kat INTAN even orang macam tak hargai pun ape yang kami buat. kami?? ohok ohok!! terbatuk pulak.
tapi, memang betul pun. contohnya tahun lepas. saya masuk macam² aktiviti. boleh dikatakan aktif la jugak even under koir je ponnnnnnn.. sekurang²nya nampaklah jugak muka ni haaa kena jadi penyambut tetamu untuk beberapa majlis. tapi, yang sedihnya, SKT dapat sikit je. lagi sikit dari tahun sebelumnya padahal saya baru join koir tahun lepas. memang rasa nak nangis. macam penat je saya masuk macam² tapi bagi markah SKT banyak tu je. TU JE??? huh!! tak puas hati langsung. nak kata saya tak buat kerja?? bohonglah.
kalau nak kata saya ni mengadap skrin komputer sampai nak masuk dalam skrin, rasanya ada yang lagi teruk dari saya kot siap tengok movie bagai. eh eh. terlepas taip pulak. lantaklah. malas nak delete. hahahaha.. tahun ni nak boikot taknak masuk pape selain koir. saya dah penat. baik suruh orang lain je lah. tu pun kalau hati ni kental menahan paksaan. hew hew. T_T
nak cakap sikit boleh?? eh, bukan cakap. eh, cakaplah ni. eh, taip. eh eh eh. baca je lah!! em, kadang² kan, bila ada orang cakap orang keje gomen lembab, org keje gomen bengap, orang keje gomen itu, orang keje gomen ini, rasa macam sentap pulak. even orang yang komen tu bukan tujukan kat saya. tapi mereka macam tujukan kat saya. ya, memang tak dinafikan kita ni manusia biasa. tapi........................................ entah.
susah nak describe camne. cuma yang saya tau, saya rasa sedih bila orang kata macam². u know what i mean. bila orang komplen macam² rasa panas je telinga ni. huhu. rasanyakan, mane² tempat kerja pun sama jugak. cuma orang terlebih "caring" kat gomen kot?? hikhik. tak pun manusia ni memang jenis yang tak sabar. sikit² nak marah. sikit² nak mengamok. haaa.. contohnya macam.... ape nak bagi contoh ek?? tetibe blur pulak. kakakakakakakaka.. abaikan je lah.
sebenarnya, saya tak faham ape yang saya taip. baik korang tak payah baca. buang masa je.. wakakakakakakekekekekekikikikiki... :p
tata. :)
#notakecik : perlu ke nak malukan orang camtu?? tetibe moral down pulak. :'(
No comments:
Post a Comment