terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label INTAN. Show all posts
Showing posts with label INTAN. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

rasa macam nak sepak orang

Assalamualaikum..




okey, bosan sebab rehat tapi tak keluar pergi mana². tapi nak keluar pun malas. camne?? hikhik. asyik malas je lah saya ni kan. malas malas malas. member opis dah ajak keluar tadi tapi malas nak follow. hehe. kat luar hujan pulak. kalau tidur ni syok jugak. tapi nak tidur pun malas jugak. camne?? HAHAHA..




gila ke ape semua malas. nasib baik buat kerja tak malas. eh saya rajin tau. kalau saya malas buat kerja mesti ada kerja yang tak buat. semua dah buat dah. nak bukti?? nahhhhhhhhhhhhhhh..


bersih dan kemas je meja saya kan?? eh eh jangan nak tengok sampai bawah² meja. lempang kang. wayar tu memang serabut. kalau kat rumah je saya rajin kemas. kat opis?? MALASSSSSSSSSSS!! :p




sebenarnya saya tengah sakit gusi ni. sakit sampai rasa macam nak sepak orang. sape nak kena sepak meh sini!! gigi bongsu baru nak tumbuh, sebab tu sakit. menderita sekejap. sobs. ade ke patut abang opis suruh tumbuk² tempat yang sakit tu. nanti orang ingat kena dera. :p takpelah. bukan selalu pun dapat sakit camni. jap lagi gigi dah tumbuh semua baru okey la kan?? tu pun entah bila nak okeynye. T_T





eh dah pukul 2 ni. nanti bos menjelingggggggggg je tengok saya bukak blog. kikiki.. ampun bos. :p dahlah. lain kali sambung.

ni muka tengah menahan sakit gusi. rasa macam nak lempang tak?? :p

tata.

Wednesday, July 10, 2013

pindah opis #3 - opis baru

Assalamualaikum..




woooiii bosannya hari ni. meh update blog lagi. hehe.. aritu update cerita pasal pindah opis kan. ni nak sambung cerita pasal opis lagi, opis baru. tempat baru. mula² je bau kedai bila masuk opis ni. lama² hilang bau kedai tu. tak syok.. hahaha..

inilah work station saya. :)



:)

berhabuk meja. makcik cleaner cuma lap depan je. (--")
cermin mesti kena ada. :p

cop pun nak enterprem gak. :p

ni nak cerita pasal opis ke, pasal work station ni?? hahahaha saya pun tak paham. ahhh layankan je lah ye. rajin pulak saya nak amek gambar opis ni kan. tak kuasa mak!! hope bila dah kat opis baru ni, semangat untuk bekerja tu makin berkobar². insyaAllah.. :)




bersepahnyalah meja saya ni. sape rajin?? tolong kemaskan boleh?? har har har..  banyaknya warna pink kan?? tahun ni saya dah addict sangat² dengan pink. kihkihkih.. asal nampak pink rasa berbunga² je mata ngan hati ni haaaa.. kalau boleh nak beli semua yang warna pink. heeee..




okey, dah masuk waktu zohor. jom solat. :)


Wednesday, June 26, 2013

pindah opis #2 - selamat tinggal opis lama T_T

Assalamualaikum..




tetibe rasa sebak pulak tinggalkan opis lama. sebab kat situlah saya belajar buat kewangan. dan saya kenal dengan kawan² saya. tapi semuanya dah tinggal kenangan.. sekarang dah kena pindah opis. em, memang opis baru lebih besar tapi meja kecik. boleh?? hehe.. [tak bersyukur betul aku ni] akak opis pun cakap meja kecik. haaa.. bukan saya je yang cakap tau. heeee.. sebab akak yang cakap tu buat kerja gaji. memang memerlukan ruang yang saaaaaaaaaaaaaangat besar. sedangkan meja kat opis lama pun sampai melimpah² fail, ini kan pulak meja kat opis baru. camne ntah rupa meja tu nanti. agaknya meja pun dah tak nampak langsung. :p





meja tak nampak okey lagi. jangan dengan akak² tu sekali tenggelam dengan fail. hihihihihi.. saya rasa setakat ni okey lagi kot. sedang membiasakan diri dengan tempat baru. harap² saya akan terus selesa dengan tempat baru ni. lepas ni saya dah tak boleh nak online sangat sebab bukak pintu je terus nampak pc saya. hagagagagagagaga.. dangerous!! :p semalam saya baru perasan kat lengan saya ada lebam. bila masa ntah muncul lebam tu. (--")

 
selamat tinggal sayang. akan ku kenang kamu dalam blog ini. :'(

keadaan opis lepas dah angkut barang.. KOSONG.

lepak² kejap ambik barang yang tertinggal.

tata cermin ajaib. terima kasih sebab selalu bagi peluang kepada saya untuk nampak lebih kemas. eh, opis baru takde cermin ke?? nak cerminnnnnnnnnnnnnn.. T_T

tempat duduk CC. i'll miss this area. tempat saya menimba ilmu dengan CC Hamzah.

okey, last. snap lagi gambar tempat duduk yang bakal ditinggalkan.

opis baru?? ha, tu lain kalilah cerita. gambar pun tak amek lagi. har har har. tunggu je lah ye. :)




#notakecik : mengantuk. tapi bantal kat dalam kereta. lupa nak bawak naik opis. @_@

Friday, June 21, 2013

pindah opis #1

Assalamualaikum..




Alhamdulillah kita masih lagi bernafas sampai saat ni. dah jumpa Jumaat semula. dan harini kena kemas² opis sebab nak kena pindah opis baru.. lepas ni unit kewangan dah tak berpecah.. senanglah orang nak berurusan nanti. tak payah nak penat² kejap² kena naik atas, kejap² kena turun bawah.

tulisan sapelah tu. buruk bebeno. (--")


penutup kotak pun bolehlah. :p

dah clear.. tinggal nak angkut je. :)

ni baru kena kemas barang peribadi. belum kemas 1 unit. hew hew.. takpelah. slow². bukan jauh sangat pun opis baru tu. kat tingkat bawah je.. hehehe.. ahad kena datang sebab nak kemas² kat opis baru pulak. minggu depan dah kena duduk opis baru. :)



tetibe ada karipap. nak?? dah kena ngap dengan saya pun. :p sebenarnya ni karipap pagi tadi. baru makan untuk tengahari sebab pagi tadi ada buat jamuan sikit sempena budak praktikal kat sini nak habis buat praktikal.. :)


ni la budak ngengada yang nak habis praktikal. berminat?? sila hubungi nombor............................................. tak tau. hahahahaha.. jangan marah ye edan. :p




cerita lain pasal opis baru tunggu dah pindah baru cerita. tunggu je lah next entry. tak pun next next next entry. kalau ada kerajinan. sanggup tunggu?? tu pun kalau nak baca. sobs T_T




dah. tata.

Friday, March 15, 2013

Team DVS @Cameron Highland

Assalamualaikum. 




sebelum korang komplen banyak², ni na habaq mai. takde menda pun kat entry ni. cuma gambar je yang banyak. nape?? tak percaya??

gambar ni credit to Nurul Nadieya :)
muka lapar

strawberry coklat

strawberry coklat

gadis ayu sedang makan strawberry coklat. saya punya statement kena lebih. kahkah.

shopping bantal

kau hado??

peace!!

pandang sane buat ape??

3 sekawan. :)

besar tak buah?? :p

angkat tinggi sikit jari tu.

macam duta teh tak??

teams. tapi tak semua. :p

my sisters in DVS.. :)

kanak² nak naik bas. :p

hilangkan bosan dalam bas. ni lah keje dorang. :p














.













.















nak tengok lagi?? jap.













.












.













.













.













.












takde. tu je yang rajin letak. tata.





#notakecik : kenyang makan mee rebus. burpp. Alhamdulillah. :)

Monday, March 11, 2013

nasib badan.. :(

Assalamualaikum..




salam Isnin. hari yang meletihkan. kene bangun awal pagi, sebab kena datang tempat kerja awal. semua gara² kena perform koir untuk MAPPA. arghh!! seriously, totally letih. sangat² letih. tapi takpelah. sekurang²nya dapat jugak menyumbang tenaga kat INTAN even orang macam tak hargai pun ape yang kami buat. kami?? ohok ohok!! terbatuk pulak. 





tapi, memang betul pun. contohnya tahun lepas. saya masuk macam² aktiviti. boleh dikatakan aktif la jugak even under koir je ponnnnnnn.. sekurang²nya nampaklah jugak muka ni haaa kena jadi penyambut tetamu untuk beberapa majlis. tapi, yang sedihnya, SKT dapat sikit je. lagi sikit dari tahun sebelumnya padahal saya baru join koir tahun lepas. memang rasa nak nangis. macam penat je saya masuk macam² tapi bagi markah SKT banyak tu je. TU JE??? huh!! tak puas hati langsung. nak kata saya tak buat kerja?? bohonglah. 




kalau nak kata saya ni mengadap skrin komputer sampai nak masuk dalam skrin, rasanya ada yang lagi teruk dari saya kot siap tengok movie bagai. eh eh. terlepas taip pulak. lantaklah. malas nak delete. hahahaha.. tahun ni nak boikot taknak masuk pape selain koir.  saya dah penat. baik suruh orang lain je lah. tu pun kalau hati ni kental menahan paksaan. hew hew. T_T




nak cakap sikit boleh?? eh, bukan cakap. eh, cakaplah ni. eh, taip. eh eh eh. baca je lah!! em, kadang² kan, bila ada orang cakap orang keje gomen lembab, org keje gomen bengap, orang keje gomen itu, orang keje gomen ini, rasa macam sentap pulak. even orang yang komen tu bukan tujukan kat saya. tapi mereka macam tujukan kat saya. ya, memang tak dinafikan kita ni manusia biasa. tapi........................................ entah.




susah nak describe camne. cuma yang saya tau, saya rasa sedih bila orang kata macam². u know what i mean. bila orang komplen macam² rasa panas je telinga ni. huhu. rasanyakan, mane² tempat kerja pun sama jugak. cuma orang terlebih "caring" kat gomen kot?? hikhik. tak pun manusia ni memang jenis yang tak sabar. sikit² nak marah. sikit² nak mengamok. haaa.. contohnya macam.... ape nak bagi contoh ek?? tetibe blur pulak. kakakakakakakaka.. abaikan je lah.




sebenarnya, saya tak faham ape yang saya taip. baik korang tak payah baca. buang masa je.. wakakakakakakekekekekekikikikiki... :p




tata. :)




#notakecik : perlu ke nak malukan orang camtu?? tetibe moral down pulak. :'(

Thursday, January 3, 2013

candid

baru saya tau muka saya camne bila kena candid. bhahaha.. ni semua gara² En. Azizi lah ni, nak amek² gambar saya dengan Fiza.



camne boleh kena candid?? ha, meh nak story sat. mase tu ada majlis akhir tahun untuk koir INTAN, En. Azizi tu duduk 1 meja dengan kami. borak punya borak, terbukaklah cerita pasal cara² amek gambar. dia nak tunjuk pasal background gambar je, pastu ktorang buat je lah gaya gitu² je. ingatkan dia tak bagi semua gambar tu kat Pengerusi Koir, rupanya dia bagi semuaaaaaaaaaa.. tergelak-gelak kami tengok gambar tu. hahahaha..




tengok muka saya pelik² je. dah la tengah makan. cuba bayangkan muka orang tengah makan camne?? ish, terserlah muka orang kebulur. kuikuikui..




nah, tengok gambar ni. saya tepek kat bawah.




ni je yang boleh letak. yang lain tak boleh. hahaha..




tata.



#notakecik : hari ni ade latihan koir!! yeeehaaaa.. :)

Friday, October 12, 2012

hujan pulak

beriye salin baju sukan sebab pukul 3.30 petang ada Shacky Hour a.k.a aerobic kat tempat kerja ni ha alih² tak jadi pergi sebab hujan lebat sangat sampai tak nampak pokok dan saya n kawan saya tersadai kat bangunan IMATEC hueee camne nak redah ni kalau redah kompem baju basah nanti tak pasal² demam ishh tak suka makan ubat so terpaksa patah balik opis sebab kalau tunggu pun kompem sampai balik belum tentu hujan reda alaa camne nak balik nanti sebab arini naik moto dengan cik abang eh takpelah cik abang ade baju hujan hikhik em em baru perasan entry ni takde noktah semput pulak bila baca balik semula eh dah la okey tata 

hantu gigi yang sangat cun

#notakecik : hujan lebat sangat ni. T_T

Tuesday, October 2, 2012

bangau oh bangau

sedih!! sangat² sedih.. kenapa?? sebaaabbbbbbbbb Pengarah INTAN dah tukar orang lain.. em em semua gara² ada kes Pegawai PTD meninggal tu. saya taknak tuding jari kat sapa² sebab ini semua ketentuan Allah.




saya tau ada sesetengah pihak nak salahkan pihak INTAN tapi, kenapa nak salahkan Pengarah INTAN (PI) jeee?? disebabkan kematian seseorang, PI pulak yang kena hukum. camtu?? bila ada kes kematian camni baru nak tuding jari ke?? bukan sekali ni je jadi. musim lepas pun jadi camni jugak. pastu tukar PI. pasni kalau jadi lagi, takkan nak tukar PI lagi?? berapa kali ntah nak tukar. (--")





untuk kes yang ni, ada yang nak salahkan mantan PI sebab dia tu PTD?? PTD yang berpangkat JUSA, dan jadi PI?? macam ramai je yang tak suka PTD. emm.. musykil di situ. tak faham?? okey, abaikan. 




actually, tak kisahlah orang tu pangkat ape² pun yang penting NIAT. kalau niat nak jadi PTD sebab nak berlagak je, semata² nak dapat nama je "oh aku PTD, so kau kena respect aku", orang camtu memang tak diperlukan kot?? menghabiskan duit rakyat je. buat apelah simpan parasit camtu.





saya taknak komen banyak sangat pasal PTD sebab saya tau bukan semua PTD camtu. dalam 1 pohon buah, bukan semua buah itu rosak. ada jugak yang elok. harap² semua buah tu eloklah.




bagi saya, mantan PI, Dr. Aminuddin ni seorang yang sangat² BEST!! dia bukan macam bos² yang lain, yang terlalu menyanjung pangkatnya. dia selalu turun padang. kalau ada aktiviti pape, dia sanggup ikut. pernah sekali tu dia baru balik dari meeting kat INTURA, dalam waktu yang sama, kat INTAN ni ada buat satu aktiviti. dia sanggup turun tengok ape yang kami buat. dia seorang yang supporter. memang susah sangat² nak jumpe dengan orang yang camni. kepada Dr. Amin, Terima Kasih sebab jadi supporter yang sangat BEST!! Dr. memang TERBAEKKKKK!! :)




bila dah jadi camni [ PTD meninggal ] , rasa macam tidak adil pulak sebab PI sorang je yang kena. hmm.. eh eh saya takde salahkan sape² tau. dan saya taknak salahkan takdir. maybe ada hikmah semua ni berlaku.




PI yang baru pun dah lapor diri. semoga semuanya baik² je. harap PTD lepas ni kalau ada sakit pape, janganlah senyap² je. tapi, Allah tu MAHA MENGETAHUI. kadang² orang yang sihat walafiat pun boleh meninggal.




kita di sini hanya mampu berdoa semoga semuanya selamat. pada sape² yang nak kate INTAN teruk, INTAN itu, INTAN ini terpulanglah. mulut anda, terpulang anda nak kata apa. silakanlah menambahkan dosa. tapi saya yakin, ALLAH lebih tau segalanya.





menyampah betul ngan orang yang suka sangat nak membangau.





tata.




#notakecik : cantik matahari arini kan?? :)

Wednesday, May 9, 2012

jawab telefon pun nak marah² (--")

oh!!pagi tadi ada call someone..ermm..taknak sebut sape..tapi dia pegawai tempat aku kerja ni lah..




cara jawab telefon tu garangnyeeee..mak oi..maybe dia takde mood kot sebab aku call dia pagi²..eh,mane ade pagi²..betul lah dah masuk waktu kerja mase tu.. (--")




terus aku mintak ape yang aku nak..haishh..kalau aku tak mintak kang nanti aku kene marah ngan audit plak..so,aku mintaklah elok²..




nasib baik dia layan jugak permintaan aku haaa..kalau tak,mampoih aku..iskk..haihhh..lain kali jawab telefon tu janganlah garang sangat..seram i..nak tegur kang nanti kata aku ni penyebok plak..hukhuk..





pape je lahhhh~




#notakecik : busuk..

Wednesday, May 2, 2012

ahli baru

ada orang baru datang opisssss..ganti opismate yang dapat tukar..tapi dia dah keje lame dahhhh..cuma bertukar ke sini je..




lelaki.




okey,dia dah berkeluarga.




and....




macam giant!!




kuikuikui..syhhh...jangan report kat dia tau!! :D




dia tinggi,pastu suara besar..sebab tu aku cakap macam giant.




aku harap dia seorang pekerja yang berdedakasi.. :)




okey,aku boleh cuti kawen lame sikit..hihihihihihihihihihihihihihihi.. ;p




#notakecik : kak dila ni suke no gelakkan orang..kekekekeke.. :D

Wednesday, February 1, 2012

kursus nyanyi²..lalalalalala~

haaaiiii!!ehem ehem lamenye aku tak update entry..kan??kan??kan??hihihi.. ;p




semua gara² aku kena attend kursus 27-29/1 aritu..err actually bukan kursus ape pun..just "Bengkel Semangat Kerjasama Dalam Kumpulan Melalui Nyanyian Siri 1/2012" ngaaahahahaa..nyanyian??hikhik..aku join koir kat tempat kerja aku laaa..sebab tu kena attend kursus ni.. :D




seronok sangat mase kursus ni..belajar macam² untuk jadi suara macam Siti Nurhaliza..erk!!tak..tak..tak..aku tipu..just belajar lagu je..banyak lagu kena belajar ni..tu pun ade lagi yang tak habis belajar..sebab kursus cuma 3 hari je..takpe² ade masa lagi nak belajar ni..hihihi.. ;p




aku baru tau suara aku ni dalam kategori ALTO..alto ke??kihkihkih..seb bek bukan SUPRANO..sebab aku memang tak boleh buat suara tinggi..kang tak pasal² jadi suara itik plak..hihihi..even susah nak catch up untuk ALTO,tapi bagi aku,ni cabaran buat diri aku sendiri wooo..takpe,aku tak kisah pun..aku memang suka cabaran..heee.. :)




sepanjang kursus tu asyik gelak² je..dorang ni semua kelakar..suka sangat buat lawak..adoiii sakit pipi aku sebab gelak banyak sangat..hahaha..dah nama kursus nyanyian kan,takkan nak moody je..so,masing² ade je bahan nak buat lawak..kadang² mende kecik pun jadi lawak.. :D




waktu petang takde buat pape, tapi dorang ada ajak main galah panjang..seronok tu memanglah seronok tapi lepas tu kaki sakit² sebab kena lari² sikit..hari Isnin masuk keje kaki rasa berat, pehhh..rasa macam dah jadi robot je..sebab kena jalan kaku.. (--")




eh??macam bosan je kan sebab entry ni takde gambar..aku memang tak rajin nak bergambar sekarang ni..sebab malassssssssssss..hihihi..tapi aku cuma ade gambar² syok sendiri jeeee..nak tengok ke??kalau rasa nak muntah lepas tu, jangan nak salahkan aku tau!!sebab aku tak paksa korang tengok pun..ngaahahaha..





















hai,hensem tak saya?? :)



tembamnye pipi akuuuu..okebai!! (╥﹏╥)



#notakecik : Selamat menyambut Hari Wilayah kepada yang meraikannya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...