terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Sunday, December 30, 2012

[DEKORASI] almari yang besar gedabak

Assalamualaikum..



hari ni dah hari Ahad, 30.12.2012.. kejapnyeeee dah nak habis tahun 2012. plan hari ni nak pergi Shah Alam beli barang sikit. sebab sekarang ni tengah jahit langsir. tapi ada barang yang tak cukup pulak. adoiii.. ingatkan cukup. terpaksalah keluar kejap beli barang tu. kalau tak, tak siaplah langsir tu nanti.. (--")




okey, actually, entry ni nak story pasal almari yang besar gedabak, yang saya beli masa nak kawen aritu. kenapa beli besar²?? sebab dah tau dah baju mesti banyaaaaaaaaaakkkkkkkkkkk.. kalau beli kecik² kompem tak muat!!




2 minggu lepas mintak tolong abah saya telefon kenalan abah saya a.k.a jiran dekat² rumah family, nak upah bawak lori, sebab nak angkut almari ngan katil. tinggal dua barang ni je yang belum di angkut bawak rumah kami. kebetulan masing² tengah free, so, take time yang free tu nak angkut semua barang tu.




sehari sebelum tu, saya ngan cik abang bersengkang mata wrap semua barang² tu. kenapa wrap?? sebab, semua tu warna putih. for safety, kena wrap jugak. kalau main letak je atas lori nanti kotor n rosak pulak. dah tak cantik kan..




lepas dah angkut semua barang, kami angkat barang yang kecik² dulu yang boleh bawak naik atas. macam meja solek, katil, tilam, side table n isi² dalam almari. tu je benda yang kecik. yang lain besar²..



mesti korang tak caye bila saya kata almari saya besar kan?? nak bukti?? bhahahaha.. nanti saya tunjuk bukti. sampai tak muat nak bawak naik atas tau.

tengok, nak naik tangga pun tak muat. acaneeee?? ada DUA pulak tuuu.. huhuhuhuuuu..
terpaksalah pejamkan mata buat² tak nampak ape yang dah jadi kat almari kuuuu.. KOPAK SEMUAAA..
tengok, ini adalah terpaksa okkeeyyyy.. T_T

okey, time ni dah bawak naik bilik.

yeayyy akhirnye siap jugak almari kuuuu.. :) almari sebesar ni pun still tak muat nak simpan baju. camne?? (--")

semua ni cik abang ngan adik lelaki saya yang tolong buatkan. ni memerlukan 2 orang, saya tolong ambik²kan barang je.. hihihi.. Alhamdulillah siap jugak almari ni even tak sempurna macam mula² pasang. bila dah kopak semua, nak pasang balik dah tak sama pulak. ukuran jadi tak sama n ade ruang² yang terhasil. means, almari jadi tak rapat.. huhuhuuu.. takpelah. asalkan almari ni tak roboh n boleh buat simpan semua baju yang banyak banyak banyak tuuuuuu.. :)




pengajaran buat bakal² pengantin, bila dah tau lepas kawen tu nak duduk kat rumah bertingkat², tak payahlah nak beli almari besar² sebelum kawen yeee.. nanti menyusahkan diri sendiri jugak. kalau rumah setingkat tu takpe. rumah yang kami duduk ni, problem kat tangga je. sempit kat situ. (--") tapi kalau korang nak beli almari lain, terpulanglah. saya angkut almari dari rumah family sebab saya bukan kaya sangat nak beli almari banyak². pengantin bajetttttttt.. bhahahaha..




takpelah. semua dah selesai pun. hehehe.. baju² pun dah selamat simpan dalam tu. Alhamdulillah.. happy sangat dapat angkut almari tu even dapat luka² dan lebam² yang banyak kat kaki. T_T [menangis kegembiraan]




okey, stop sini dululah. nak siap² pergi beli barang langsir ni. tata. :)




#notakecik : esok kerja. @_@

2 comments:

IMaH said...

memang besar almari tu. xpa, janji puas hati. hehe

✿....rossa alina....✿ said...

mmg puas hati sangat sbb boleh sumbat semua baju.. hahaha..