terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label idea dekorasi ruang makan. Show all posts
Showing posts with label idea dekorasi ruang makan. Show all posts

Monday, August 12, 2013

[DEKORASI] dapur in progress 4

Assalamualaikum..



wahhhhhhhhh banyaknya update entry hari niiiiiiiiiiiiiii.. tu lah, dah lama tak update, sekali update, hamekau. baca je lah sampai bernanah mata. okey, entry ni nak update pasal progress dapur. dah masuk 4 episod dah ni. ecewah nak episod bagai. ape ingat ni cerita Setia Hujung Nyawa?? eh, cite tu dah habis, takde kena mengena.





bersempena nak raya haritu, abah berusaha jugak siapkan dapur. even bukan 100%, tapi dapatlah jugak ghope dapur tu camne.. so kalau korang tengok gambar nanti jangan tercekik kuih raya pulak sebab terkejut tengok dapur saya yang yang yang. em, tak tau nak describe camne. tengok je lah camne rupa dapur saya tu.

sinki yang bakal dicabut nyawanya
keadaan lantai sebelum disimen. masih berpasir. :p

oh abah!! (T_T)

dua hari sebelum raya abah usaha jugak untuk menyimen lantai dapur tu. Alhamdulillah, siap jugak simen. tiles?? tu nanti²lah. tunggu ada budget. banyak nak guna budget ni wei. buat dapur pun nak habis dekat RM2k. kena kumpul lagi ni.






ni lah keadaan dapur lepas dah dikemas. kemas ke camni?? hahahaha.. kabinet belum ada. ye barangnya bersepah². tikus pun rajin masuk sebab pintu dapur belum ada. eeeee sakit pulakkkk hati kite.




cat?? tu projek lainlah.. haaaa yang tu kena tunggulah. sementara ni undercoat dulu. sebab tu lah kat dinding ada yang dah cat n ada yang tak dicat. belum finishing lagi ni. yang takde cat tu nak letak tiles. abah ni seorang yang teliti. sebab tu nak siapkan dapur pun ambil masa yang lama. kalau tak buat betul², nanti takut tercabut balik. sementara belum pasang tiles kat lantai, kami pasangkan tikar getah je. takpelah. asalkan boleh dipijak. lagipun, lantai tu masih simen kasar. abah cakap, kalau nak pasang tiles tak boleh simen halus nanti tak melekat.




meja makan tu kami letak kat dapur sebab saya rasa macam ruang dapur tu besar. nasib baik muat. kalau nak biar kat ruang tengah memang tak muat sebab ada peti ais. tapi tak taulah nanti camne kot² kami berubah fikiran nak letak meja makan tu kat ruang tengah balik ke kan?? :p




dapur ni belum 100% siap. jangan pulak korang nak kutuk². taulah dapur korang cantik. emmm.. [tetibe nak sentap]  tu je kot cerita pasal dapur. kalau nak tengok gambar dapur saya sebelum jadi yang macam sekarang ni boleh tengok kat SINI, SINI, dan SINI. nampak sangat perbezaannya. kan??




okey, selamat berkongsi. :)


Tuesday, January 29, 2013

[DEKORASI] sumber inspirasi

Assalamualaikum




selamat hari Selasa. tetibe nak jadi Monday Blues plak padahal harini hari Selasa. no monday blues monday blues hokkeyyyy.. takpe, bos tengah meeting. meh update blog sat. lagipun, mesti ada yang nak baca entry terbaru dari saya kan?? terharu pulak. :') *perasan retissss




okey, kat sini saya nak bagitau satu rahsia. hehehe.. alahhhh bukan rahsia ape pun. just nak bagitau sumber inspirasi saya untuk men-deco² rumah even takdelah nak deco sangat ni dari rancangan tv kat Astro. especially kat channel 728, rancangan Life Inspired. nak dispecifickan, rancangan Pure Design. memang best sangat² sebab mereka design rumah yang suram, bertukar jadi super duper cantik!! :)




bayangkan dapur yang nampak macam old school bertukar jadi modern look dengan tukar warna cat, ngan tukar sikit² perkakas kat kawasan dapur tu. memang totally different kalau tengok hasilnya. :) kadang² mereka ada tunjuk cara² nak DIY barangan terpakai bagi nampak baru. dan kebanyakan barang² yang mereka guna memang dari kedai barangan terpakai. jangan pandang rendah kat kedai barangan terpakai ni. kadang² barang² tu masih nampak baru lagi. 




sebelum...




selepas..





cantik kan?? macam tak caye ni adalah dapur yang sama. cuma tukar warna cat kabinet ngan table top je. :)




sebelum...




selepas...









sebelum..


selepas..









sebelum..


 selepas..






bestnye kalau dapat deco rumah sendiri cantik camni. sebenarnya nak bagi nampak cantik tu senang je. kena pandai match kan warna. kalau silap pilih warna memang kita akan rasa pelik. :) masalahnya, nak carik yang cantik tu susah pulak. takut tersalah match pun ade jugak. :p




eeee geram pulak tengok gambar² tu. hehehe.. ruang rumah agak terhad so tak dapat nak hias camtu. :p pape pun semua ni jadi sumber inspirasi bagi saya sebab BEST. hihihi.. :)




kalau korang nak jadikan rancangan tu sumber inspirasi pun boleh. kita sharing² saja.. :) okey, nak update tu je. nanti² sambung lagi. nak buat kerja sikit ni. :)




tata.




sumber gambar : SINI




#notakecik : dapur is in progress. :)

Wednesday, December 19, 2012

[DEKORASI] meja makan

Assalamualaikum,



kerja saya dah siap. muehehe.. nak update blog jap boleh?? :p entry ni nak cerita pasal meja makan pulak. kami pilih yang simple je sebab ruang makan kami bukan besar sangat pun. jadi, kami pilih meja makan 6 kerusi.




masa nak pilih tu susah jugaklah sebab banyak sangat pattern yang orang kedai tu tunjuk. orang kedai tu suggest tempat duduk yang ada kusyen. tapi saya taknak. kesan jangka panjang kena fikir jugak. nanti bila dah ada anak ke, kalau dorang main² kat kerusi tu, koyak pulak kusyen kat kerusi tu nanti. dah jadi tak cantik.





sebab tu pilih yang biasa je. kalau nak yang lagi cantik, nak yang ada ukir², duitnye pun kena cantik jugaklah kan.. kuikuikui..


heip!! jangan intai ape dalam tudung saji tu. muaahahaha.. makanan tak habis, kenelah tutup. takkan nak bukak je. :p




simple je kan meja makan kami??sebelum ni kena makan kat atas lantai je, sekarang makan kat meja. barulah selesa. asalkan selesa, saya tak kisah benda tu murah dan simple. yang penting puas hati.. :) meja ni pun saya beli kat kedai yang sama saya beli sofa. malas nak carik tempat lain. dah alang² kat kedai tu, better cari semua kat situ. beli banyak² boleh mintak murah sikit. hihihi..




okey, tu je cerita pasal meja makan. jumpa lagi nanti.. :)




#notakecik : mata kanan bawak gerak²lah.. @_@
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...