terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, October 2, 2012

bangau oh bangau

sedih!! sangat² sedih.. kenapa?? sebaaabbbbbbbbb Pengarah INTAN dah tukar orang lain.. em em semua gara² ada kes Pegawai PTD meninggal tu. saya taknak tuding jari kat sapa² sebab ini semua ketentuan Allah.




saya tau ada sesetengah pihak nak salahkan pihak INTAN tapi, kenapa nak salahkan Pengarah INTAN (PI) jeee?? disebabkan kematian seseorang, PI pulak yang kena hukum. camtu?? bila ada kes kematian camni baru nak tuding jari ke?? bukan sekali ni je jadi. musim lepas pun jadi camni jugak. pastu tukar PI. pasni kalau jadi lagi, takkan nak tukar PI lagi?? berapa kali ntah nak tukar. (--")





untuk kes yang ni, ada yang nak salahkan mantan PI sebab dia tu PTD?? PTD yang berpangkat JUSA, dan jadi PI?? macam ramai je yang tak suka PTD. emm.. musykil di situ. tak faham?? okey, abaikan. 




actually, tak kisahlah orang tu pangkat ape² pun yang penting NIAT. kalau niat nak jadi PTD sebab nak berlagak je, semata² nak dapat nama je "oh aku PTD, so kau kena respect aku", orang camtu memang tak diperlukan kot?? menghabiskan duit rakyat je. buat apelah simpan parasit camtu.





saya taknak komen banyak sangat pasal PTD sebab saya tau bukan semua PTD camtu. dalam 1 pohon buah, bukan semua buah itu rosak. ada jugak yang elok. harap² semua buah tu eloklah.




bagi saya, mantan PI, Dr. Aminuddin ni seorang yang sangat² BEST!! dia bukan macam bos² yang lain, yang terlalu menyanjung pangkatnya. dia selalu turun padang. kalau ada aktiviti pape, dia sanggup ikut. pernah sekali tu dia baru balik dari meeting kat INTURA, dalam waktu yang sama, kat INTAN ni ada buat satu aktiviti. dia sanggup turun tengok ape yang kami buat. dia seorang yang supporter. memang susah sangat² nak jumpe dengan orang yang camni. kepada Dr. Amin, Terima Kasih sebab jadi supporter yang sangat BEST!! Dr. memang TERBAEKKKKK!! :)




bila dah jadi camni [ PTD meninggal ] , rasa macam tidak adil pulak sebab PI sorang je yang kena. hmm.. eh eh saya takde salahkan sape² tau. dan saya taknak salahkan takdir. maybe ada hikmah semua ni berlaku.




PI yang baru pun dah lapor diri. semoga semuanya baik² je. harap PTD lepas ni kalau ada sakit pape, janganlah senyap² je. tapi, Allah tu MAHA MENGETAHUI. kadang² orang yang sihat walafiat pun boleh meninggal.




kita di sini hanya mampu berdoa semoga semuanya selamat. pada sape² yang nak kate INTAN teruk, INTAN itu, INTAN ini terpulanglah. mulut anda, terpulang anda nak kata apa. silakanlah menambahkan dosa. tapi saya yakin, ALLAH lebih tau segalanya.





menyampah betul ngan orang yang suka sangat nak membangau.





tata.




#notakecik : cantik matahari arini kan?? :)

4 comments:

nor isneini mohd ayob said...

membangau kan diri sendiri. cam penah dengo je..katne heeekkkk

alin said...

aku pernah buat entry pasal bangau jugak. tapi pasal ape ntah. hahahaha..

adventure mama said...

tak ske jgk org yg berpangkat dan berlagak..tuing2 kat idung die..hehe

Unknown said...

manusia bangau ada kat mana2 dan dalam apa jua keadaankan?!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...