Assalamualaikum
hai semua. salam Isnin. Monday blues ke tak arini?? ke blues gang?? hakhakhak. arini memang bosan. langsung takde mood nak buat kerja. selalu rajin kemain. tapi arini lain macam pulak malasnye. Ya Allah, aku curik tulang arini. tetibe rasa berdosa pulak. T_T
tapi, dah buat kerja dah. tinggal kerja lain je. tapi tu esok baru nak buat. boleh tak?? kihkihkih.. :p jangan jeles. bluerkkk!!
pernah tak korang cuba nak tolong seseorang, kita dengan baik hati tanya apa masalah dia pastu seseorang tu jawab macam nak taknak je. cehh!! kite niat baik nak tolong tapi dia taknak pulak. nanti bila susah tau pulak terhegeh² nak mintak tolong. ek elehhhhhhhhhhhhh..
kononlah boleh buat sendiri semuanya. ego sangat kan?? tak payahlah nak ego sangat wei. tak ke mana pun ego tu. nanti menyusahkan diri sendiri je. pastu bila dah tak boleh nak buat sendiri, mulalah nak mintak tolong kat kite. mase tu kite pulak dah takde masa nak tolong. hahhhhhhhhhhhh!! padan mukaaaaaaaaa!! nak ego sangat kannnnn?? amekkk amekkk amekkkkkkkkkkkkk!!
bila orang nak hulurkan pertolongan, just terima je lah. tapi selagi mampu, cubalah buat sendiri. kalau betul² dah tak mampu, barulah cuba mintak tolong. janganlah mentah² tolak pertolongan orang tu. tak salah kan kalau jawab "takpelah, saya cuba untuk buat sendiri dulu. kalau saya tak daya saya mintak tolong awak ye?? boleh kan??" haaa.. kan manis sikit ayat tu. bukannye terus cakap "tak payahlah. aku buat sendiri pun boleh. mind your own business!! eee sebok je.." wahhh wahhhh... ayat dia kemain dasyat kan?? rasa macam nak pijak² je mulut dia kat situ jugak.
kite dah niat nak tolong tapi bila kite diperlakukan camtu terus rasa tawar hati nak tolong kan?? lepas ni tak payahlah nak tolong orang yang camtu. boleh buat sendiri katenye.. cehh!! berlagak!! kalau orang tu nak mintak tolong jugak, kite pura² busy boleh tak?? HAHAHAHAHA.. tetibe nak jadi jahat.
kadang² kan tanpa kita sedar, bila kita dah biasa cakap camtu dengan orang, bile kita cakap dengan orang yang lagi tua dari kita, contoh paling dekat kedua ibubapa kita, kata-kata kita tu dah buat dorang rasa kecik hati. perasan tak?? mesti tak perasan kan?? sebab tu lah kena selalu berhati² dengan setiap apa yang kita kata dan luahkan..
anak-anak akan melihat dan mendengar setiap apa yang kita buat dan tuturkan. jadi, jangan salahkan orang lain kalau orang lain marah anak anda kerana sikapnya yang suka menuturkan kata-kata yang tidak sepatutnya dan ayat yang menyakitkan hati. nanti bila kena tegur "tak pandai jaga anak ke??" tau pulak marah kan?? fikir-fikirkanlah..
saya bukan nak mengajar orang ajar anak ke ape tapi ni untuk peringatan diri sendiri jugak. sape yang taknak jadi ibubapa yang penyayang kan?? eh eh?? belum pape dah berangan nak jadi penyayang.. kihkihkih..
sayang emak n sayang ibu. love them much!! hihihi.. tetibe.
okey, stop sini dulu. dah panjang ni. nanti korang bosan pulak baca panjang panjang panjang panjang panjanggggggggggg niiiiiiii.. hihihihi.. tata.
No comments:
Post a Comment