terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Monday, May 20, 2013

semoga cepat sembuh

Assalamualaikum




baru dapat tau ada seseorang telah ditimpa musibah. siapa?? emm, siapa pun orang tu tak kisah lah. saya cuma harap dia akan terus tabah menghadapi ujian dan dugaan dalam hidupnya. serius bila saya dengar berita tu hati saya jadi sayu. walaupun saya masih lagi rasa marah, tapi bila dia ditimpa musibah, saya tak happy.





bukan macam sesetengah orang, bila orang yang dia benci ditimpa musibah, dia seperti meraikan kejadian tu. siap boleh nak tokok tambah cerita kononnya kejadian tu semua BALASAN atas perbuatan orang tu. orang camtu memang tak boleh dibuat kawan. sebab mungkin satu hari nanti bila sesuatu terjadi pada kita, mungkin dia akan berkata camtu jugak pada kita.




kenapa nak percaya pada hukum karma sedangkan kita ada qada dan qadar yang wajib dipercaya?? tak perlu nak taksub sangat dengan hukum karma. semua yang berlaku tu dari ALLAH. bukan dengan kehendak kita. manusia tidak boleh menghukum kesalahan orang lain. saya pun bukan kejam sangat sampai nak doa yang bukan² bila orang buat jahat kat saya. saya terima semua tu sebagai ujian dan dugaan saya sebagai hamba-Nya walaupun pahit untuk ditelan.




pape pun saya doakan semuanya cepat kembali reda. tabahkan hati. banyakkan berdoa. saya hanya mampu berdoa dari jauh. semoga Allah terima doa saya ni. amin.




....


No comments: