terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Friday, December 16, 2016

i'm back!!

Assalamualaikum..




hai. lamenya tak bebel kat sini since........................JULY?? erkkk seriously?? lama gila. ni dah masuk Disember. nampak tak kemalasan nak update blog?? :p sebab dah takde mood nak update. takde apa yang menarik. tapi ada jugak yang tanya, "dah tak update blog ke??" hew hew.. okey hari ni iols tengah rajin. makanya, iols update. tapi nak cite pasal ape ni?? LOL!! papepun iols nak bagitau yang iols sihat² je. yup!! i'm okey. :)




maybe ada yang perasan blog ni dah lain. banyak yang dah takde. so, faham² sendiri lah yeeee.. takkan nak cerita kat sini kan?? sebab iols malas nak bercerita. nanti macam bukak aib sendiri plaksss.. kalau cerita pun nanti iols jugak yang terkena balik. memang selalu camtu pun. kena caci maki pun disuruh BIAR. biar biar pun tahap sabar iols ni ada limitnya. haihhh..




takpe, cerita tu biar iols simpan sendiri. even tengah bengang ngan seseorang yang mulut jahat. maybe dia rasa dia perfect kot. takpe, just wait and see je lah. iols pun nak tengok life dia tu nanti camne. selama ni iols takde pun nak amek tahu hal dia, tetiba rasa macam nak tahu pulaksss.. kuikui.. yelah, dia cakap iols ni BODOH MACAM LEMBU. so nak tahu jugaklah dia tu pandai sangat ke?? kann?? [smile]




hm. terpulang kau lah nak kata ape. iols pun dah malas nak layan. tapi hati² sikit lah kalau nak berkata² tu ye. takut berbalik kat kau je. macam apa yang jadi kat............... ehh!! tak boleh bagitahu. nanti kata mulut iols jahat lettew.. eh jap, sebelum nak kata iols, sila tengok diri sendiri dulu. [mata ke atas]




okeylah. tu je nak story mory. next time update lain. cuma harapan iols lepas ni, semoga iols akan jadi seorang yang kuat dan tabah. haaa gittchewww..




eh jap. tetibe rasa macam nak cite. ade seseorang yang stalk iols sampai semua benda dia nak tahu. err.. ini memang scary. takpe, nanti kalau iols nak berry, iols post kat status Facebook iols tu yee. okey tak?? okey lah kan?? semua orang pun buat benda tu kan?? at least, iols takde nak show off sangat sampaikan beli barang pun siap nak tunjuk price tag. ehh??!! takut pulak ada yang sentap. LOL!!. [tekupmukadenganbantal]





dah lah. cite ni je dulu. tak boleh cerita semua kat entry ni. kalau panjang sangat nanti takde yang nak baca. KAHKAH!! kbai.




XOXO


Monday, July 11, 2016

kambing hitam

Assalamualaikum..




hai. pekabo semuaaa.. selamat hari raya.. masih ada mood raya lagi ke uolsss.. kite punye mood raya dah swing² dah.. mood raya time mula² je. dah masuk kerja terus masuk mood kerja. mood raya dah hilang. so kalau ada yang nak datang beraya rumah kite pun rasanye tak payah datanglah. HAHAHAHAHA.. bukan ada pape pun. nak suruh kite masak?? memang kirim salam. kuih raya pun takde. memang macam bukan raya lah senang cite. heee.. so sorrylah. rumah kite tertutup tahun ni. kejam tak?? :p





actually nak cerita pasal kambing hitam lagi. lagi?? ouchh!! agaaainnnnn.. kite jadi kambing hitam. kenapalahhhh asyik kite je yang kena ekkk.. orang lain punya masalah rumah tangga, pastu kite pulak yang kena tanggung. sebab kawan punye pasal, redha je lahhh.. kalau bukan sebab kawan tu pernah tolong kite, memang takdenyeee kite nak tolong. haihhh.. nak balas budi katenye.. sudahnya, nama kite jugakkk yang busuk. hew hew.. padahal puncanya dari kawan tu jugak. last² kite pulakkk yang disalahkan. dah tolong, terima kasih pun tidak. hm. senang je kan??





kite tak sure wife kepada kawan tu baca blog ni atau tak. and tak sure yang dia tau kite ni ada blog atau tak. huhu.. kat ig kite ada letak link blog kite. tapi.........dia dah block ig kite. hahahaha.. benci sangat ke ngan kite ni.. tak tau cite sebenar, terus buat tanggapan sendiri. dengarlah sangat cakap laki kau tu. haaa.. kalau nak tau cite, meh laaa msg kite. KALAU BERANI. kahkah.. ehh kite okey je. bukti dah ada. ape nak takut. hehehh..





dah lah. malas nak bebel panjang² sebenarnye ni. sebab, no point.. nak cite kat sini pun, nanti berkaitan ngan aib orang pulak. so better simpan sendiri je lah. kihkih.. okey tu je. sorry kalau tak puas baca bebelan kite. ni pun spend time kejap je. tetibe rasa macam rajin pulak. rajinlah sangatttt!! :p





tata.

Wednesday, June 15, 2016

Baju blous terkini


Assalamualaikum..





Trend Baju Blous Terkini untuk Muslimah






Ramai wanita Muslimah atau hijabista kini semakin bijak bergaya dan tampil dengan koleksi pakaian Muslimah yang moden. Perkembangan fesyen Muslimah yang semakin pesat di negara kita khususnya memberikan ramai wanita Muslimah lebih banyak pilihan untuk tampil bergaya dan pada masa yang sama masih kekal sopan. Koleksi-koleksi fesyen Muslimah terbaru keluaran jenama-jenama Muslimah yang terbaik dan rekaan-rekaan hasil idea kreatif pereka fesyen tanah air merupakan punca utama revolusi fesyen yang amat pesat ini. 





Salah satu jenis pakaian Muslimah yang paling banyak diberikan perhatian dan mendapat pelbagai sentuhan moden adalah koleksi blouse wanita. Jom kita lihat apakah trend-trend baju blous terkini untuk Muslimah yang boleh anda temui di pasaran;


1. Zalia - Jacquard Top With Wide Sleeves


Trend blouse paling trending dikalangan ramai hijabista adalah koleksi jacquard crop top yang diperbuat daripada fabric jacquard yang keras dengan rekaan yang lebih singkat.
 






warna lain : 




2. Zalia - Embellished Floral Crop Top

Sememangnya rekaan crop top kini amat diminati oleh ramai wanita. Rekaan crop top yang loose dan tidak terlalu labuh ini sesuai dipakai oleh semua wanita yang mementingkan keselesaan.











3. Zalia - Embroidered Swing Top


Rekaan blouse yang juga popular dikalangan ramai hijabista adalah koleksi swing top yang berpotongan loose dengan rekaan bahagian belakang top yang lebih panjang daripada bahagian hadapan.






warna lain :



4.Zalia - Pleated Colourblock Peplum Top


Dan yang terakhir adalah rekaan peplum top yang dulu pernah mencetus fenomena di dalam industri fesyen tanah air. Rekaan berombak yang cukup popular ini menjadikan koleksi peplum top mendapat perhatian ramai wanita.

 






warna lain :




 *******

haaaa.. cantik² kan semua baju² ni. makk aihhhh.. cube bayangkan diri sendiri yang pakai. omaigodd.. DUSH!! berangan tak sudah je kite ni. hehehhh.. kalau korang nak beraya dengan baju² macam kat atas ni, bolehlah beli kat ZALORA!! banyak pilihan baju blous terkini yang korang boleh tengok. emm.. pliss.. meh rajinkan diri tu main klik² kat website ZALORA comfirm rambang mata uolssss.. banyak pilihan.. huwaaaaaaa.. nangis tengok. harga pun berpatutan. :)





memandangkan kite pun takde baju raya lagi, nak mintak orang belanje baju raya kat ZALORA jugak lah. ade yang sudi belanje tak?? kihkih.. :p





okey tu je nak update. nanti² update lagi k.. please annoying dengan kite punye NANTI tu sebab belum tentu dapat update dalam waktu terdekat. LOL!! selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. puasa tau!! jangan curi² makan fries. #pandangsinis . tata.. :)




jangan lupa tengok² baju blous terkini tauu!! #muahciked!! ehh.. batal puasa. kbai.
 

Tuesday, May 24, 2016

RADIO KARAT

Assalamualaikum..





hai, pekabo semua. sihat ke?? harap sihat² je lah yeee.. lagipun kan sekarang tengah musim demam. jangan lupa makan ubat tau. jaga diri k. kite kat sini pun batuk² je. ohokk ohokkk!! haaa nampak tuuu.. batuk pun boleh sampai kena taip. nampak lah kite tak tipu kannn.. kuikui.. pon bolehhhhhhhhhhh.. :p





actually ni nak cite pasal radio karat. rupanya kat sini lagi teruk wei. orang suka sebar² cerita yang belum tentu betul kesahihannya.. tak kisah lah lelaki ke, perempuan ke, sama je. haaa ni cerita pasal diri kite lahhhh.. kalau diri kite sendiri tak terkena, takde lah kite nak cerita kat sini. bila dah terkena ni, pehhh.. sakitnya tu di sini. sakit hati, sakit otak, sakit segala²nya.. stress sangat. pastu dapat tau dari orang yang kite percaya, haaaaaa lagilahhhh stress. malu weiii.. mana nak letak muka ni..





betul lah orang kata, mulut tempayan boleh tutup. tapi mulut orang ni tak boleh nak tutup. maybe sampai bila² kot orang akan bercerita pasal kite. haihhhh.. lepas tu kena perli² pulak. ya ALLAH.. sakitnya hati.. cuma ALLAH je yang tau ape yang kite rasa ni. kenapa ekkk orang suka sangat dengar cerita dari mulut orang lain. kenapa tak nak tanya diri kite sendiri pasal cerita yang dorang dengar tu. kalau rasa² tau cerita pasal apa tu, mesti korang tau especially yang kat SINI haaaa.. bila dah dengar cerita, pergi sebar kat orang lain pulak. kau tau ke cerita tu betul ke tak?? kau tak takut ke tu boleh jadi FITNAH?? kau tak takut dosa ke?? benda tak ada, di ada² kan. benda tak betul, pergi sebar². teruknyalah manusia jenis camni. TERUKKKKKKKKK!!! baik jangan hidup kat muka bumi ni kalau asyik menyusahkan orang lain je.





huhhhhh.. *hela nafas sambil menggigil jari jemari.





kalau tak tau cerita, baik jangan tau. kalau ada terdengar cerita jugak, terpulanglah nak dengar ke tak. dengar boleh, percaya jangan. kalaulah benda ni jadi kat orang yang sebarkan cerita tu, ape perasaan korang ehhh?? seronok ke dengan ape yang kau buat ni?? ape yang kau dapat?? kepuasan?? kite tak tau apa motif kau sampai nak reka² cerita. kite harap sangat kau berubahlah. jangan nanti terkena kat keturunan kau, baru kau nak mengamok tak tentu pasal.





sekarang ni kite tak tau setakat mana orang yang tau cerita ni. kite anggap macam semua orang dah tau. tapi camna kite nak settlekan masalah ni?? apa daya kite nak buat orang tutup mulut?? apa daya kite nak hentikan orang dari sebarkan cerita yang tak betul tu?? sudahnya, kite senyap je lah ye.. tu je lah jalan penyelesaian. terpulanglah orang nak kata apa pun. kite pun dah penat dengar. PENAT SANGAT. rasa macam nak bunuh diri pun ada. nasib baik kite masih ada iman. takpelah. anggap je lah tu ujian untuk kite sebab ALLAH sayang kite. :'(





buat orang yang suka sebarkan cerita tu, harap sangat korang hentikanlah perbuatan tu. takde guna pun kalau korang terus sebarkan benda yang tak betul. korang takkan dapat ape² faedah pun melainkan DOSA. please please please. stop it!! jangan terus aniaya kite. kite ni pun manusia jugak. kite ni cuma insan lemah. sangat sangat lemah. kite dah tak daya dah nak hadap semua ni. kat luar orang nampak kite kuat, tapi hakikatnya kite ni SANGAT LEMAH. :'(





kadang² bila kite rapat ngan seseorang pun orang buat cerita. salah ke kalau kite rapat ngan seseorang?? bukan kite buat benda tak elok pun. habis tu nak kite menyombong je ke?? okey, fine. lepas ni kalau kite senyap, kite diam, jangan label kite ni sombong pulak. cuma dengan orang tertentu je lah kite akan tegur. maaf. dan kite takkan rapat ngan sesiapa lagi kecuali kawan² kat opis. lagi satu, kite takkan percaya sesiapa lagi dah. kadang² orang yang cuba rapat ngan kite pun bukan boleh percaya. korek rahsia kite, pastu pergi sebar cerita siap tokok tambah lagi. pape ntah. haihhhh..   





harap lepas ni takde yang pandang serong lagi. takde yang perli². biarkanlah kite hidup bahagia. kite taknak sedih². biarkan kite jadi happy macam dulu balik. biarkan kite lupakan sejarah yang pahit ni. biarkan kite jadi Rosalina yang baru. huhh~ (--") tak sanggup dah ni. tak larat.. :( 





okeylah. tu je lah nak cerita. dah penat dah nak fikir. masalah menimbun². harap orang yang sebarkan cerita tu baca blog ni. em, tu pun kalau pandai baca. dah tu je. babai.





Ohh!! lagi satu. kite tak tau sape yang mulakan cerita ni. tapi kite takkan maafkan orang yang mulakan cerita ni selagi dia taknak mengaku sendiri kat kite. pandai2lah nak carik kite camne nanti. untuk yang jadi tukang dengar tu, kite maafkan je. maybe kau pun tak perasan kebodohan sendiri dengan menjadi pendengar setia. yang tukang sebar tu pun dua kali bodoh. opppssss!! terkasar bahasa plaksss!! kalau rasa2 taknak terus jadi bodoh, janganlah percaya cerita tu. got it??!! kbai. 



  

[banyak sangat lalat kat sini. stress!!]


Friday, April 29, 2016

maruah

Assalamualaikum..





hai. sorry dah lama sangat tak update entry. takde mood nak fikir ayat dah. tapi kalau ikutkan hati, banyak benda nak story. tapi kali ni cuma nak bagitau. Jumaat lepas aku rasa maruah aku macam di pijak² oleh kaum sendiri. aku sanggup korbankan maruah aku sebab nak jaga hati orang lain padahal semua tu bukan salah aku.




takpe.





maybe Allah akan balas apa yang orang tu cakap. it's okey. aku masih boleh bersabar lagi. ramai jugak yang tertanya² apa dah jadi dengan aku sebab status yang aku buat kat FB tu pelik². sabar. sekarang bukan masanya untuk cerita semua. sekarang ni aku peratiiiii je dulu.




tunggu lah 10 tahun lagi. maybe. baru aku akan cerita kot?? haha. lama?? takpe. nanti aku akan cerita jugak. kalau pape jadi kat aku, aku minta maaf awal².




terima kasih baca blog ni. wassalam.

Friday, April 8, 2016

TEAM BUILDING JPJ NEGERI SELANGOR, KEM BINA NEGARA ULU SEPRI N. SEMBILAN

Assalamualaikum..





haaaaaaaaaa kemaennnnnnnnn lameee tak hapdet koooo.. kemalasan telah melanda diriku. lagipun busy. even tu alasan cliche tapi, memang busy pun.. hew hew.. pening kepala nak hadap kerja² ni. hari ni tetibe rajin plak nak up entry. hihi.. ni pun sebab join kursus team building kat KBN Ulu Sepri pastu amek gambo banyak banyak banyakkkkk.. kalau tak, takde maknanye nak update entry. hihiii..




masa mula² sampai tu alahai.. malasnya nak pergi sebab jauh. hahahaha macam jauh sangat je ekk.. padahal dekat je.. yang buat jadi lama tu sebab jem. kalau jalan clear, tak sempat lelap lama² tup tup dah sampai. hihii.. aritu jalan jem sebab ada eksiden kat federal highway. pastu pakcik bas sesat jalan. haha!! boleh pulak dia sesat bawak ktorang. nasib baik perasan dah sesat. kalau tak, entah mana² dia bawak ktorang. dah lah semua pompuannn..




masa dah sampai tu rasa macam lemau je. pastu line kat situ cuma ada 1 bar je. huiii memang macam duduk dalam hutanlah senang cite. nasib baik kat dalam dewan tu ade wifi. tapi, tak boleh nak pegang enpon pulak. huwaaaa.. kat hostel tak de coverage langsung. time dah masuk dewan lajuuuu je berdesup² notification masuk. nasib baik tak jem enpon iolsss..





macam biasalah. dah nama pun team building. kena lah bahagikan kumpulan. aku masuk kumpulan 5, kumpulan Tok Janggut. aku kena jadi tukang lukis logo. hahaha!! buruk gile. takpe, asalkan ada je tu. kuikui..




ehhh malas pulak nak taip banyak². kesimpulannya kursus ni best sebab dapat mandi sungai. tu je. :p pastu banyak jugak input² yang aku dapat pasal negara ni haaa.. best!! :)





dah. jom tatap gambar.
























okey tu je. bye..


Wednesday, February 24, 2016

Nyawa di hujung tanduk.. :(

Assalamualaikum..




hai. update kejap sementara belum habis waktu rehat. pernah tak korang dapat peluang kedua. tak kisah lah peluang kedua untuk pape pun. aku rasa aku tak pernah dapat. selalu habis kat situ je. tak pernah pulak bila aku putus cinta ngan pakwe pastu sambung balik. memang takde. selalunya habis gitu je. tapi yang aku nak cerita ni bukan peluang kedua dalam percintaan pun. aku nak cerita peluang kedua pasal nyawa. yes. nyawa aku. dan aku betul² rasa aku memang diberi peluang untuk hargai nyawa sendiri. aku pun tak sure ni peluang kedua atau bukan. aku anggap ini peluang kedua even aku tak pernah rasa pitam, koma, atau mati. yang pasti apa yang jadi ni bagi kesan dalam diri aku.




ceritanya camni.. kan aku pernah jatuh bawah trailer kan.. yang tak pernah baca blog aku maybe tak tau cerita. dah lama dah benda tu jadi. ya, aku pernah eksiden, aku jatuh kat bawah trailer. sebab aku jatuh?? mungkin korang rasa kelakar bila aku cerita. aku pun rasa benda tu kelakar. tapi bila teringat pasal nyawa aku terus tersentak jugak. aku jatuh tu sebab aku terkejut kepala babi keluar dari lori babi. memang aku terkejut. pastu kebetulan memang masa tu ada eksiden kat NKVE so jalan jammed sepanjang²nya. aku terkejut, then bila aku pandang depan aku nampak moto depan dah berhenti. tak sure kenapa dia berhenti. masa tu kenderaan aku memang moto je. lesen kereta pun blom ade.





masa tu memang aku tak sempat brek. langgar bontot moto depan. then aku jatuh. ngam² kat bawah trailer. melintang ke dalam, bahagian badan dekat dengan tayar belakang. kalau driver trailer tak nampak aku jatuh, badan aku dah kena lenyek dengan tayar tu. sampai sekarang aku terbayang kalau aku kene lenyek ngan trailer. :'( Alhamdulillah aku masih ada peluang untuk bernafas sampai sekarang. kalau ajal aku sampai situ je, mesti aku mati dalam keadaan yang mengerikan. Nauzubillah. seriously aku takut. bila aku lalu sebelah trailer aku terbayang aku kat bawah tu. :(





terima kasih Allah sebab panjangkan umur aku. Alhamdulillah. syukur sangat². kalau aku dah mati, tak cukup amalan aku nak bawak ke SANA. sekarang pun aku rasa masih berdosa lagi. sebab aku banyak lupa ALLAH. kadang² aku sombong dengan ALLAH. sepatutnya aku sujud kat DIA tapi aku lebih pentingkan benda lain. padahal sujud kepadaNYA lah yang wajib diutamakan. ya, WAJIB. bila teringat balik mesti aku menangis. ajal dan maut ni tak kenal usia. bila² je ALLAH akan tarik nyawa kita. even kau tengah main muzik pun ALLAH boleh tarik nyawa. Nauzubillah. mintak dijauhkan dari mati sia².





kalau kita rasa yang kita ni bakal jadi jenazah esok, mesti hari ni kita akan berebut buat amalan. kadang² aku ada jugak ingatkan orang lain pasal solat tapi...................hmm. aku nak korang pun masuk syurga. aku taknak tengok korang kena seksa kat akhirat. please. jangan lah sampai kita sakit baru nak ingat kat ALLAH. kita berubah ke arah kebaikan sama² ye?? jangan sebab duniawi, kau lupa pasal ukhrawi. aku pernah update status kat FB, "jarang jumpa tempat gig yang ada tempat solat". memang jarang jumpa pun. kalau ada pun berapa kerat je. sudahnya, kena keluar cari masjid atau surau. tak kisah pun pasal tu. tapi, kalau ada kat tempat tu lagi memudahkan kan?? betul tak?? sepatutnya kalau owner tu Islam, dia boleh fikirkan benda ni. ataupun organizer, kena sediakan satu tempat khas. korang jugak yang dapat pahala. pastu bagi waktu rehat kejap untuk solat. bukan time maghrib pun nak terpekik terlolong. tak kisahlah kat mana² pun. bukan berkaitan ngan gig je. aku cerita pasal gig sebab aku selalu terlibat dengan gig. tu je. korang pun boleh fikir sendiri.





aku bukan nak tunjuk aku ni baik sangat ke, alim ke, tapi, aku pun mengingatkan diri sendiri jugak. kadang² pun aku leka jugak sebab terlalu khayal dengan apa yang ada kat dunia ni sedangkan semua yang ada kat dunia ni takde satu pun yang boleh dibawak ke mati kecuali amalan kite je. sebab tu aku nak ingatkan diri sendiri (korang pun sekalilah) pasal solat sebab solat tu kan tiang agama. kalau tiang tu roboh, maka robohlah semuanya. macam rumah, kalau rumah kau takde tiang, camne nak buat rumah?? sedangkan khemah pun kena guna tiang.





cuba bayangkan diri korang kat bawah trailer masa tu. tak sempat bangun dah kena lenyek. kalau umur panjang maybe boleh buat amalan lagi. kalau tak?? ape bekalan yang kau dah sediakan?? renungkan.





wassalam.
-aku bakal jenazah-


Saturday, January 23, 2016

orang dalam

Assalamualaikum.





hai. selamat hari Sabtu. kat luar macam mahu kehujanan. jadi, marilah kita ramai² update blog. kalau malas update, meh baca blog ni. kahkah!! cerita merapu je banyak. nak bagi amaran awal² ni. kalau rasa taknak sentap ngan entry ni, baik jangan baca. kang jap lagi ko sentap ngan aku, ko doakan macam² pulak kat aku.





ni aku nak cerita pasal orang dalam. macamlah ko tak biasa tuduh² orang lain "ni mesti guna orang dalam niii" kan kan kannnnnnnnnnnn?? selalu ade kannnnnnnnnnnnnn?? eleh taknak ngaku. mesti ade punya. even sikit mesti ada jugak. jangan tipulah. tak baik tipu. tipu dosa, nanti mati kena seksa. nak??






macam yang ko tau lah kan, aku ni sekarang kerja kat JPJ. masalahnya, aku bukan kerja bahagian kaunter, cek saman, cek roadtax, cek lesen kejadah semua tu aku TAK BUAT. aku ni kerja kat unit kewangan je, bahagian admin. bayar claim² dorang tu je haaaaaaaa.. yang ko beriye² tanya macam² kat aku tu pasal ape weiii.. aku bukan tau sangat pun.. okey fine, kalau korang tanya, aku jawab lah mana yang aku tau. ni siap nak mintak aku tolong buatkan macam² ko ingat aku takde kerja sendiri yang nak kena buat??





malas beratur panjang?? ape masalah ko kalau nak kena beratur panjang²?? dah ko datang lambat, beratur je lah.. alahai. kalau nak cepat datang awal pagi sebelum pukul 8 tu haaa.. aku ni memang malas nak buat kerja orang lain yang bukan kerja aku. aku cuma tau buat kerja kat unit aku je. kerja kat kaunter tu memang aku tak tau wei. ko tanya aku lebih² pun buang masa ko je sebab aku tak tau. :p





nak kata aku sombonglah tu. wei, ni aku nak bagitau ni. andai kata lah kan aku tolong buat macam², pastu ada orang nampak, pastu orang yang nampak tu kata aku ni amek rasuahlah, buat kerja lain lah, nanti yang kena sape?? aku ke ko?? mesti aku kan?? nama aku busuk, nama unit busuk, nama jabatan pun busuk jugak wei. lagipun dah ada orang yang jaga bahagian tu, ko sabar je lah sikit kalau kena tunggu lama pun.. yang kerja tu pun manusia jugak. kerja pulak guna sistem. kadang² dorang kerja cepat tapi sistem buat problem, memanglah lambat..





tak payahlah nak harap sangat aku boleh tolong buat itu ini. memang aku malas nak layan. ko nak buat, pergi buat sendiri. tak pun ko pergi carik orang lain yang boleh tolong. aku renew lesen pun kat pejabat pos, ni ko nak suruh aku buat macam², ek eleh APAHAL?? aku dah taknak, ko nak paksa² plak, APAHAL??





tak pernah tegur, tak pernah tanya khabar, tetibe contact aku tanya "sihat ke tak". ko ingat aku tak tau ko nak ape?? memang takkkkkkkkkkk ler aku nak tolong wei. kalau ko nak, ko buat sendiri. balasan setimpal?? ko doakan aku kena balasan setimpal sebab tak tolong ko?? ko nak kata kat aku, "nanti ko susah takde yang tolong". jap, selama ni aku susah, aku ada mintak tolong ko ke?? oh, okey fine. kalau aku ada hutang ngan ko, bagitau aku ye?? nanti aku bayar balik hutang tu. tu pun kalau ada lah. nak cerita kat orang lain pasal aku, terpulang. aku cuma jaga nama aku je. aku taknak disebabkan ko, aku plak yang kena. orang kata buat baik berpada² kan?? haaaa..





family aku pun takde mintak tolong camtu, ko yang orang luar nak paksa² aku buatkan untuk ko. amboi. lebih nampak.. dah lah kutuk² JPJ pastu tak malu nak mintak tolong kat aku. ek eleh. APAHAL?? sebab orang macam ko ni lah aku jadi tawar hati nak tolong. sedap² mengutuk, pastu time susah carik² aku nak mintak tolong itu ini. APAHAL?? APAHAL?? APAHAL?? nampak tak aku tengah marah ni?? lol.






okey. abaikan semua di atas. pointnya kat sini cuma nak bagitau, aku kerja kat unit kewangan, bukan kaunter dan aku tak tau pasal kerja kat kaunter. FULL STOP. kbai.





sentap ke tak?? lol.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...