terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, September 25, 2012

[DEKORASI] cantum cantum paip untuk mesin basuh

Assalamualaikum semua.. wahhh hari ni ramai yang senyum lebar.. masyuuuuuukkkkkkkkkk.. hikhik.. saya tak boleh nak senyum lebar sangat sebab banyak nak kena beli barang ni. hmm..




orait, entry ni nak story mory sikit pasal piping yang cik abang buat untuk mesin basuh kami. susah nak basuh baju guna mesin basuh automatik ni sebab nak kena ada paip sendiri.. kalau semi auto, kita boleh masukkan sendiri air guna baldi. tapi mesin basuh kat rumah kami tu automatik punya so terpaksalah buat piping baru.




saya ni bukan tau sangat pasal nak sambung² paip. saya cuma tau guna je. hikhik. nasib baik cik abang tau buat semua tu. mane ntah dia belajar sebab setahu saya masa kat IKM dulu dia belajar pasal Mekatronik. kot²lah ada pasal paip masa dia belajar dulu kan?? tapi, entah. tak tertanya plak.. huehue.. (--")




em, saya tunjuk kat gambar je lah ye dia buat camne. sebab tak tau nak terangkan camne. kuikuikui.


cik abang tambah paip kat pam tandas tu. nampak tak??
haaa..nampak tak tu??
gitulah rupanya.
paip tu menghala ke tingkap.
haa.. camnilah rupa dia. :)
ape ntah cik abang buat tu.
sambung lalu tingkap. kalau tak, cik abang nak tebuk lubang tapi dia kate nanti dinding jadi tak cantik. saya follow je. :p

sambungan paip tadi.

DONE!! camtulah ceritanya.. senang je kot nak buat tu. tapi kalau tak tau sila serahkan pada yang pakar. ni pun nasib baik cik abang DIY sendiri guna paip yang sedia ada. tak payah nak beli² lagi. cuma beli yang kecik² tu je la. pam tandas tu pun cik abang pasang sendiri. tukar baru sebab yang lama dah rosak dan pecah. air kat pam tandas tu jadi biru sebab kami letak ubat. alah beli kat Tesco je. kalau cari mesti jumpa. dia bentuk bulat ada 2 ketul dalam 1 peket. :)



sebelum guna, baca manual banyak² kali sebab tak faham. XD



yeayyy dah boleh guna.. lepas ni takdelah melambak je baju² kotor dan yang paling penting, takde nak rebut² mesin basuh lagi. hikhik. :p oh actually, saya ni jenis yang basuh baju asing² ngan family.  :)




selamat membasuh baju.. :)




#notakecik : duit mengalir macam air.. (--")

3 comments:

nor isneini mohd ayob said...

basuh bju asing2..ekkk..kehkeh.

alin said...

op kos lah..nanti kalo campur² bau melekat.. XD

Unknown said...

wm sama cam sy punye!tp sy just asing baju keje hasben je,over bau.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...