terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Friday, August 30, 2013

hutang

Assalamualaikum..




macam biasa, tengah bosan. bile ntah tak bosannya. asyik bosan je memanjang. kikikiki.. nak keluar tapi takde transport. ye la cik abang kan hantar saya pergi kerja. saya dah malas nak meredah jem kalau naik kereta. membazir masa dan duit. heee.. bukan ke berjimat cermat tu perkara baik?? :p




yelah, saya sedar saya bukanlah kaya sangat. hidup sederhana je dan sekadar yang mampu. kalau ikutkan keinginan, memang selera saya ni tinggi tapi saya kena berpijak di bumi yang nyata. takkan nak jadi orang tak sedar diri pulak?? gaji pun bukan banyak. cukuplah untuk menampung semua. Alhamdulillah..




ingat ye, kalau rasa diri tak mampu nak beli sesuatu barang, baik jangan cari penyakit. bukan tak boleh, tapi perlu ke barang tu?? nanti beli kang tak diguna. kalau beli sekadar nak menunjuk je baik tak payah. heyyy tak perlulah semua tu. jangan sebab nak menunjuk kat orang lain, korang sanggup buat loan banyak² untuk kepuasan diri sendiri. at last korang kena tanggung hutang banyak². untuk masa akan datang korang nak bagi family makan apa?? pernah terfikir tak?? sekarang memang senang. akan datang camne pulak??





personal loan. bukan tak boleh nak ambil. tapi kena fikir loan tu untuk apa. jangan buat loan semata² untuk beli barang yang bukan kekal. contoh : handphone. handphone tu kan cepat rosak. alahai. membazir je wei. kalau buat personal loan untuk beli kereta cash, takpe kot. tapi kalau dah buat personal loan pastu hutang kereta lagi bulan² tak ke rasa membebankan?? kalau bulan² tu sikit n korang mampu nak bayar, takpe. kalau personal loan bulan² bayar banyak pastu loan kereta pun banyak sampai habis gaji memang korang carik penyakit. gaji sebulan pun cepat habis ada hati nak ambik personal loan ke?? alamakkkk.. camne korang manage kewangan ni?? tapi kalau boleh, elakkanlah personal loan tu. :)





PTPTN. dah habis bayar ke belum?? saya belum. hihihihihihhi.. sebab tulah termasuk dalam wishlist saya. saya berkira² jugak ni bilalah nak habis bayar PTPTN. dah lah selalu skip. :p dengar cerita ada yang taknak bayar sebab interest tinggi. tinggi ke?? amboi, kereta sebulan RM600 - RM1000 boleh bayar takkan PTPTN sebulan RM100 ++ tak boleh nak bayar?? alahai alahai. nampak tak yang korang tengah berkira?? baik bayar wei. sebab semua tu dah masuk dalam perjanjian masa korang mula² nak amek loan PTPTN tu. ke dulu korang main sign je?? (--")





rumah sekarang ni mahal kan?? saya tengok banyak betul rumah baru tapi kosong je. takde yang nak beli sebab kena beli atas orang. bukan beli masa rumah tu baru naik tiang. setahu saya kalau rumah tu baru nak buat murah sikit kalau nak bandingkan rumah yang dah siap. saya pun rasa nak beli rumah tapi saya rasa baik saya duduk rumah yang mak mentua saya bagi tu je, means rumah yang saya duduk sekarang. tunggulah nanti kereta dah habis bayar, barulah fikir pasal rumah. rumah tu aset wei.. daripada beli kereta mahal² baik beli rumah. hihihi..





bil. disamping korang nak buat semua yang kat atas tadi, korang terfikir tak bil² korang?? bulan² pun kena bayar jugak tau. kalau tak bayar elektrik, apa guna ada rumah?? kan?? hikhik. senang cerita, sebelum buat pape, korang kiralah segala mak nenek hutang piutang korang tu dulu barulah beli pape yang korang nak beli. jangan main beli je sampai kereta tak berbayar at last kena tarik. haaaa tak ke lagi carik penyakit??





nak cerita pasal kereta, rumah, motor, bil semua tu memang takkan gabis. banyak nak kena fikir. kalau nak beli rumah nanti nak kene fikir kos baiki, kos mengecat, beli sofa, meja makan, dapur masak. haaa makanan kat dapur pun nak kena fikir jugak. takkan nak bagi family makan habuk kayu?? kan?? senang cerita, janganlah nampak rumah tu sebijik je. kena fikirkan yang dalam²nya sekali. tu yang saya bagitau tadi, sebelum beli sesuatu kena kira segala mak nenek hutang piutang. kalau ada lebih, baru boleh beli. jangan suka sangat carik penyakit pastu menyusahkan orang lain.





lagi satu, jangan suka sangat pinjam duit orang. kalau nak pinjam sebab terdesak sangat tu terpulanglah. tapi janganlah biasakan diri meminjam. pastu buat dek je taknak bayar. orang camni memang kena campak dari bangunan tingkat 500. kadang² orang yang kena pinjam tu segan nak mintak, so, korang kenalah ingat sendiri. jangan nak buat² lupa pulak. nanti orang dah tak percaya kat korang, pastu korang memang betul² dah terdesak, habislah korang dah tak boleh nak pinjam. padan muka.




dah. sampai sini je dulu. lain kali sambung. penat tau taip dari rehat sampai nak dekat balik ni haaa.. penat perah ayat. kahkahkah. okey, selamat berhutang, eh bukan. selamat "manage" kewangan. :)


Wednesday, August 28, 2013

WORDLESS WEDNESDAY


Assalamualaikum..




gambar lain next entry. malas nak edit. :p

Tuesday, August 20, 2013

doakan kebaikan orang lain

Assalamualaikum




bila kita marah, selalu kita akan doakan yang tidak elok kat orang yang kita marah tu kan?? lepas tu rasa menyesal sebab doakan yang buruk² kat dia. lepaskan geram katanya.. saya pernah buat camtu. jahatnya saya ni kan?? minta maaf ye semua. T_T




tapi ada jugak orang lain yang doa buruk² kat saya. kes camtu camne pulak?? agak² mesti patah balik kat dia kan sebab perkara tu bukan berpunca dari saya. kiranya saya adalah orang yang teraniaya. camne tu?? ke dia rasa dia yang teraniaya?? (--") [tak faham dengan ayat sendiri]





sometimes orang rasa dia teraniaya tapi sebenarnya dia yang aniaya orang. betul tak?? haih. lantaklah sana. nak aniaya ke, taknak aniaya ke, Allah tahu semuanya. ye dak??



rindunya kat budak kecik ni. :)


doakan yang baik² untuk saya boleh kan?? InsyaAllah semua doa tu akan patah balik kat korang semua. amin.. saya tak paksa. semuanya terpulang kat uolls. papepun, terima kasih. :)

Special Screening Invitation : The Frozen Ground

Assalamualaikum..




Alhamdulillah dapat rezeki tengok wayang even tempat wayang sangat jauh dari rumah. kikiki.. nasib baik tau kat mane Tropicana City Mall. tu lah lain kali gatal tangan lagi kan nak join contest Suriafm. ingatkan tak dapat. lastly dapat jugak. saya antara 8 nama yang bertuah. hikhik..





saya ingatkan dapat 2 tiket wayang je rupanya 4 tiket. terpaksalah jenuh mencari lagi 2 orang. mula² tu ada yang nak tapi sebab takut tak boleh bawak masuk anak, so terpaksalah dia cancelkan. jadinya saya carik lagi orang yang nak tengok cite tu tapi takde sape pun yang bagi respon tepat. ade yang kata nak tapi takde bagitau pun comfirm nak. so saya expect dia taknak. so burn je lah 2 tiket tu. nak bagi tengok wayang free pun taknak. pelik betul. (--")





okey saya nak review sikit cerita The Frozen Ground, bagi saya jalan cerita takde berat mana pun. ada jugak part macam bosan sikit. oh lupa, cerita ni pasal pembunuh bersiri. kalau tengok kan, nanti mesti korang akan cakap pembunuh tu gila. bunuh ramai perempuan pulak tu. eeeeee jahat. pastu taknak mengaku dia yang bunuh. eh nanti korang tengoklah sendiri ceritanya camne ye?? malas pulak nak review. hahaha.. cerita ni keluar kat wayang 22 Ogos 2013.




terima kasih #Suriafm. :)






Thursday, August 15, 2013

kebosanan melampau

Assalamualaikum..





seriously sangat bosan hari ni. jadinya, saya buang masa dengan main game. tetibe rasa bersalah sebab main game waktu kerja. nak buat camne?? memang dah takde kerja. kerja datang, terus buat. so, semua dah siap. bosan wei!! T_T


nak tunggu live banyak pun siksa jugak woi!! lagi bertambah stress. dah. nak pergi kacau orang pulak. kbai.




#notakecik : kenyang banget ni!!

Tuesday, August 13, 2013

[DEKORASI] rumah raya

Assalamualaikum..




saya nak buat entry pasal rumah boleh tak?? rumah raya. kihkihkih.. ade ke entry pasal rumah raya?? orang lain buat entry pasal baju raya, kasut raya, biskut raya, kereta raya, tunang raya, suami raya, anak raya, tapi saya nak buat entry rumah raya. ahhh peduli ape aku. kekekekekekkkk.. tengok je lah camne. rasanya sama je kok macam entry lepas yang saya cerita pasal ruang tamu. takde beza pun. tak caye meh tengok gambar.






kan saya dah cakap. same je. cuma tambahan ada biskut raya yang secoet tu je. hahaha.. tak berani nak letak banyak² sebab bukan ada orang yang nak datang beraya ponnnn.. adik beradik je yang datang. jiran² tu tak tau bila nak datang. haish tunggu saya datang serang dululah agaknye tu. hikhik.. almaklumlah saya kan baru kat sini.. :)



saya buat perubahan pada ruang ini. asalnya ada meja makan. tapi dah angkut pergi dapur. hmmm.. maybe ruang ni boleh dibuat dekorasi sikit. dah ada plan dalam kepala dah. tapi maybe lain kali sebab nak fokus kat dapur dulu. so ruang ni dibiarkan kosong buat sementara.. :)




kipas tu untuk berkipasan kat dapur. panas wei. kalau tak pasang kipas boleh rentung. kikiki.. eh eh kantoi pulak baru keluarkan microwave dari stor. :p microwave letak kat dapur. yang warna itam tu oven. eh, ke terbalik?? saya pun kompius. kikikikiki..


langsir pulak?? inilah langsir raya yang saya jahit sendiri. asalnya ada scallop untuk langsir ni tapi tak sempat nak pasang rel. yang ada ni cuma 1 rel je. kalau nak pasang scallop kena ada 2 rel. hm, bolehlah ni asalkan ada langsir. :p


nak selit jap. saya minum Aurawhite. perubahan?? entah. kahkahkah.. banyak skip. so tak dapat nak tunjuk. :p kesimpulan, tak rajin minum menatang ni. sobs. T_T




rumah simple je. so, janganlah nak gelakkan pulak. taulah rumah uolls cantik. kan?? okey tu je. tata.

Monday, August 12, 2013

[DEKORASI] dapur in progress 4

Assalamualaikum..



wahhhhhhhhh banyaknya update entry hari niiiiiiiiiiiiiii.. tu lah, dah lama tak update, sekali update, hamekau. baca je lah sampai bernanah mata. okey, entry ni nak update pasal progress dapur. dah masuk 4 episod dah ni. ecewah nak episod bagai. ape ingat ni cerita Setia Hujung Nyawa?? eh, cite tu dah habis, takde kena mengena.





bersempena nak raya haritu, abah berusaha jugak siapkan dapur. even bukan 100%, tapi dapatlah jugak ghope dapur tu camne.. so kalau korang tengok gambar nanti jangan tercekik kuih raya pulak sebab terkejut tengok dapur saya yang yang yang. em, tak tau nak describe camne. tengok je lah camne rupa dapur saya tu.

sinki yang bakal dicabut nyawanya
keadaan lantai sebelum disimen. masih berpasir. :p

oh abah!! (T_T)

dua hari sebelum raya abah usaha jugak untuk menyimen lantai dapur tu. Alhamdulillah, siap jugak simen. tiles?? tu nanti²lah. tunggu ada budget. banyak nak guna budget ni wei. buat dapur pun nak habis dekat RM2k. kena kumpul lagi ni.






ni lah keadaan dapur lepas dah dikemas. kemas ke camni?? hahahaha.. kabinet belum ada. ye barangnya bersepah². tikus pun rajin masuk sebab pintu dapur belum ada. eeeee sakit pulakkkk hati kite.




cat?? tu projek lainlah.. haaaa yang tu kena tunggulah. sementara ni undercoat dulu. sebab tu lah kat dinding ada yang dah cat n ada yang tak dicat. belum finishing lagi ni. yang takde cat tu nak letak tiles. abah ni seorang yang teliti. sebab tu nak siapkan dapur pun ambil masa yang lama. kalau tak buat betul², nanti takut tercabut balik. sementara belum pasang tiles kat lantai, kami pasangkan tikar getah je. takpelah. asalkan boleh dipijak. lagipun, lantai tu masih simen kasar. abah cakap, kalau nak pasang tiles tak boleh simen halus nanti tak melekat.




meja makan tu kami letak kat dapur sebab saya rasa macam ruang dapur tu besar. nasib baik muat. kalau nak biar kat ruang tengah memang tak muat sebab ada peti ais. tapi tak taulah nanti camne kot² kami berubah fikiran nak letak meja makan tu kat ruang tengah balik ke kan?? :p




dapur ni belum 100% siap. jangan pulak korang nak kutuk². taulah dapur korang cantik. emmm.. [tetibe nak sentap]  tu je kot cerita pasal dapur. kalau nak tengok gambar dapur saya sebelum jadi yang macam sekarang ni boleh tengok kat SINI, SINI, dan SINI. nampak sangat perbezaannya. kan??




okey, selamat berkongsi. :)


selamat hari raya

Assalamualaikum semua..




sorry lama sangat tak update blog. internet kat rumah slow. dan alasan paling kukuh broadband tak bayar. kahkahkah.. okey tak lawak. em malas nak bayar broadband. nak terminate je rasanya. stress. ni pun guna simkad kat enpon letak kat broadband. kebetulan saya memang subscribe internet kat enpon ni haaa.. tapi disebabkan susah sangat nak menaip kat enpon almaklumlah jari "kecik" sangat makanya kenalah online kat pc jugak..




dah ada tab pun masih malas nak menaip. eee benci betul taip guna touch touch ni. asyik typo je. baik guna pc lagi puas. ade bunyik² keyboard lagi yuuu.. okey, taknak taip panjang². just nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maafkan segala salah silap saya sepanjang saya berblog ni. mana tau kan kot² ada yang buat korang terguris hati. pasni jangan baca blog saya lagi tau. :p halalkan segala apa yang saya terambil. mana tau ada tercedok idea ke kan. tapi ade ke?? entah. macam takde je. em lagi ape ek. tu je kot. maafkan yeeee..




heeyyyy raya tu raya jugak.. jangan makan banyak sangat pulak sampai jadi macamni.







-







-







-






-






-







sorry kualiti gambar tengah demam

mak oii.. tanjat gegel.. okey, stop eating!! jangan makan banyak² oooooooooooiiiiiiiiiiiiiiii.. makan sekadar sahaja.




okey tata.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...