terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Wednesday, June 26, 2013

pindah opis #2 - selamat tinggal opis lama T_T

Assalamualaikum..




tetibe rasa sebak pulak tinggalkan opis lama. sebab kat situlah saya belajar buat kewangan. dan saya kenal dengan kawan² saya. tapi semuanya dah tinggal kenangan.. sekarang dah kena pindah opis. em, memang opis baru lebih besar tapi meja kecik. boleh?? hehe.. [tak bersyukur betul aku ni] akak opis pun cakap meja kecik. haaa.. bukan saya je yang cakap tau. heeee.. sebab akak yang cakap tu buat kerja gaji. memang memerlukan ruang yang saaaaaaaaaaaaaangat besar. sedangkan meja kat opis lama pun sampai melimpah² fail, ini kan pulak meja kat opis baru. camne ntah rupa meja tu nanti. agaknya meja pun dah tak nampak langsung. :p





meja tak nampak okey lagi. jangan dengan akak² tu sekali tenggelam dengan fail. hihihihihi.. saya rasa setakat ni okey lagi kot. sedang membiasakan diri dengan tempat baru. harap² saya akan terus selesa dengan tempat baru ni. lepas ni saya dah tak boleh nak online sangat sebab bukak pintu je terus nampak pc saya. hagagagagagagaga.. dangerous!! :p semalam saya baru perasan kat lengan saya ada lebam. bila masa ntah muncul lebam tu. (--")

 
selamat tinggal sayang. akan ku kenang kamu dalam blog ini. :'(

keadaan opis lepas dah angkut barang.. KOSONG.

lepak² kejap ambik barang yang tertinggal.

tata cermin ajaib. terima kasih sebab selalu bagi peluang kepada saya untuk nampak lebih kemas. eh, opis baru takde cermin ke?? nak cerminnnnnnnnnnnnnn.. T_T

tempat duduk CC. i'll miss this area. tempat saya menimba ilmu dengan CC Hamzah.

okey, last. snap lagi gambar tempat duduk yang bakal ditinggalkan.

opis baru?? ha, tu lain kalilah cerita. gambar pun tak amek lagi. har har har. tunggu je lah ye. :)




#notakecik : mengantuk. tapi bantal kat dalam kereta. lupa nak bawak naik opis. @_@

Tuesday, June 25, 2013

cantik selepas umur 40??

Assalamualaikum..




hai uolls. lamenye saya tak hapdet belog yang hampir² berkabus ini kan?? takde habuk² pun. cuma kabus je yang banyak. jerebu katekannnnnnnnnnn.. kekekeke.. jerebu pon bolehhhh.. nak update tapi kena tunggu waktu rehat. selain dari tu adalah waktu bekerja. hehe. kat rumah?? ohh tu waktu untuk saya buat kerja rumah. kerja jugak ape kan?? :p




saya nak cerita sikit ni. sikit je lah. kot. benda sikit je. tapi nanti bebelnye yang banyak. ada satu hari tu saya tengah duduk². tetiba saya telah didatangai seorang pakcik. pastu borak²lah sikit dengan dia.. pastu tetibe dia cakap "kamu ni nanti umur 40an mesti lagi bertambah cantik.." saya terkedu. ------ saya tanya pakcik tu, "yeke?? mane pakcik tau??" pakcik tu jawab "selalu perempuan akan nampak lagi cantik bila dah masuk umur 40an. sekarang kamu dah cantik, nanti kamu mesti lagi cantik.." saya hanya senyum je. "betul ni saya cakap.. kamu jagalah diri kamu tu.. jangan sampai orang kacau² kamu.. " 





pakcik tu terus nasihatkan saya.. saya cuma mengangguk dan senyum je. :) InsyaALLAH selagi saya bernafas, saya akan jaga peribadi saya. tapi kan, belum masuk umur 40an pun, sekarang dah ada yang kacau. camne tu?? (--") bangga?? tak pun. rimas wei. kadang² kalau jalan kat luar sorang² rasa macam nak tulis kat dahi "DON'T DISTURB ME".





tapi, betul ke perempuan akan nampak cantik bila dah cecah 40an?? patutlah Che Ta nampak cantik. kan?? eh, mak saya lagi cantik. :) perempuan memang kena jaga kecantikan. sama ada luaran atau dalaman. nak cantik senang je. kena senyum selalu.. kalau orang taknak balas senyum tu lantak dia. hahaha.. pastu kalau nak masak nasik tu kan, air basuhan beras tu jangan buang.. asingkan. boleh buat basuh muka. insyaALLAH kulit bersih tapi takdelah bersih sangat. cuma nampaklah jugak kesegaran kat muka tu.. saya kadang² buat kalau teringat. kalau tak ingat takdelah buat. :p pastu kalau nak lagi cantik kan, tepeklah bedak banyak². ha, sampai nampak cantik. hihi..




cantik ke, tak cantik ke, bersyukur je lah dengan apa yang ada. :)





dah, tu je nak cerita. tata.




#notakecik : tak tau nak buat ending ape. hahahahaha..

Friday, June 21, 2013

pindah opis #1

Assalamualaikum..




Alhamdulillah kita masih lagi bernafas sampai saat ni. dah jumpa Jumaat semula. dan harini kena kemas² opis sebab nak kena pindah opis baru.. lepas ni unit kewangan dah tak berpecah.. senanglah orang nak berurusan nanti. tak payah nak penat² kejap² kena naik atas, kejap² kena turun bawah.

tulisan sapelah tu. buruk bebeno. (--")


penutup kotak pun bolehlah. :p

dah clear.. tinggal nak angkut je. :)

ni baru kena kemas barang peribadi. belum kemas 1 unit. hew hew.. takpelah. slow². bukan jauh sangat pun opis baru tu. kat tingkat bawah je.. hehehe.. ahad kena datang sebab nak kemas² kat opis baru pulak. minggu depan dah kena duduk opis baru. :)



tetibe ada karipap. nak?? dah kena ngap dengan saya pun. :p sebenarnya ni karipap pagi tadi. baru makan untuk tengahari sebab pagi tadi ada buat jamuan sikit sempena budak praktikal kat sini nak habis buat praktikal.. :)


ni la budak ngengada yang nak habis praktikal. berminat?? sila hubungi nombor............................................. tak tau. hahahahaha.. jangan marah ye edan. :p




cerita lain pasal opis baru tunggu dah pindah baru cerita. tunggu je lah next entry. tak pun next next next entry. kalau ada kerajinan. sanggup tunggu?? tu pun kalau nak baca. sobs T_T




dah. tata.

Thursday, June 20, 2013

jual ikan kering

Assalamualaikum..





wooo... woooo.. lamenye tak update. kebizian melanda diriku ini.. ni baru ada masa dan tengah ada mood nak update blog. heeee.. kalau tak, malasssssssssssssss.. malas aje sepanjang masa. :p




ape motif nak buat tajuk entry pasal jual ikan kering plak?? sebenarnya nak buat jual ikan je tapi jari ni ngengada nak tambah kering kat situ kan. sedap gak buat tajuk tu. em, tetibe rasa lapar. hehe.. makan ikan kering boleh kenyang ke?? LOL!! (--")




jual ikan = selfish = pentingkan diri




best sangat ke nak pentingkan diri ni?? tau tak saya rasa menyampah dengan orang yang pentingkan diri ni. menyampah sangat. menyampah tahuuuuu?? menyampahhhh.. nak pentingkan diri tu pun agak²lah. kalau jarang² takpe. ni selalu. memang selalu pun. tak beragak dia punye pentingkan diri tu. sampai buat orang bertambah menyampah terutamanya saya. (--")




nak pentingkan diri sendiri tu boleh. tapi kenalah bertempat. bukan setiap masa nak kena pentingkan diri. agak²lah wei. jaga sikit hati orang yang berdekatan dengan kau. bila dah susah tau pulak terhegeh² nak mintak tolong orang tu. orang tu pun baik hati sangat ikut je kata² kau. nanti kang kalau orang tu tak ikut kata kau, kau merajuk. ahhh gedik!! sangat annoying tahu??




hish tetibe nak buat entry camni pulak. dah dah dahhhhhhh.. malas nak cerita pasal orang macam kau ni. membazir masa saya je. cehh!!




comel tak?? :p





tata.

Friday, June 14, 2013

unknown number

Assalamualaikum..




dah Jumaat. weee.. happy!! happy!! bercuti-cutianlah kite esok dan lusa sebelum kembali Isnin. kihkihkih.. bosan pulak duduk opis ni. orang lain rehat pergi keluar. hari Jumaat kan rehat lama. hari ni duduk opis je. ape lagi yang boleh dibuat, kan?? sebelum layan Candy Crush Saga, baik update blog jap.




hari ni betul² murah rezeki. jimat duit makan. ngeh².. pagi tadi cik abang belikan breakfast nasi lemak. rajin pulak dia pergi beli. selalu makan kat rumah je. :p bila sampai opis, ada pulak orang belanja breakfast.. terima kasih Kak Pidah sebab belanja kami semua.. semoga akak murah rezeki.. aminnnnnnn.. :) tapi, saya dah makan nasi lemak yang cik abang belikan. camne tu?? hew hew.. dua² nasi lemak pulaknya. gemok baliklah ni. adoi. hahahahaha..





tapi saya tak makan pun nasi lemak yang Kak Pidah belanja tu.. sebab dia belanja untuk kewangan kan. bagi dorang makan dulu je lah.. so, saya makan je lah nasi lemak yang cik abang belikan tu.. tak kan lah nak makan dua², saya bukan pelahap hokkeyyyy.. huhu.. pastu tengahari ni saya baru makan nasi lemak yang Kak Pidah belanja. bukan tak makan langsung pun.. nasib baik ada lagi. heee.. Alhamdulillah kenyang dah.




eh, jap. sebenarnya saya nak cerita pasal lain. tetibe cerita pasal nasi lemak pulak. (--"). semalam turn saya pergi Putrajaya. biasalah kan rutin orang kewangan ni, gilir² pergi sana. pastu masa on the way nak pergi tu, saya dapat call dari someone. lelaki. ingatkan abang² opis ke, tak pun sape² yang kat tempat kerja yang nak kirim pape. saya pun jawab je lah.




saya : "hello"

unknown : "hello, ni Rosa ke??" 




Rosa?? panggilan Rosa ni untuk orang kat tempat kerja je. tempat lain takde.. saya tak mengiyakan pun tu saya. saya terus tanya "sape ni??" orang tu jawab, "kawan D**** A***.. eh awak tak pergi kursus kat Morib ke??" pe jadah tetiba nak tanya saya pergi kursus ke tak?? saya tak jawab pun, saya lagi tanya tu sape. selagi dia tak jawab, saya tanya lagi tu sape. pastu dia still tak jawab, saya terus letak. saya tanya baik², tapi dia taknak jawab. memang malas nak layan.





tak kisahlah awak sape. kalau awak orang yang saya kenal, takkan awak tak tahu yang saya ni dah kawen?? heyyy takde motif tau nak call² saya. please respect people boleh tak?? yang bagi nombor tepon saya tu pun memang dah kira bangang jugak. maaf, terpaksa kasar bahasa sebab geram. seriously saya tak suka orang main² bila cakap dalam tepon. kalau saya tanya, sila jawab. kalau tak jawab, memang babai.





kalau saya dapat tau sape yang bagi nombor tepon saya tu memang siaplah nanti. tunggu saya pulak yang jual nombor dia. jangan cabar saya. nasib baik dia cuma call sekali je. kalau dia call balik memang dapatlah kata² yang tidak sepatutnya keluar dari mulut saya ni. kalau benda penting saya boleh terima. kalau benda yang remeh, saya tak layan. nak sangat kacau orang, baik pergi kacau orang yang bagi nombor tu. wife orang jugak yang nak dikacau. dah takde kerja lain ke?? (--")





andaikatalah orang yang call saya semalam tu kenal saya, sila bagitau sape diri anda yang sebenar. kalau ada hal penting, bagitau direct. tak payah nak melencong² tanya benda merepek². buang masa tau tak?? jangan tengok pada luaran je. jangan ingat saya comel [ke??] saya tak garang. memang saya garang. kalau nak kena maki, buatlah pasal dengan saya.





okey, tu je nak cerita. nak main Candy Crush Saga pulak. tata. :)

Wednesday, June 12, 2013

[DEKORASI] langsir a.k.a tirai

Assalamualaikum..




hari ni takde Wordless Wednesday tau. sebab tetibe je jadi rajin nak update belog lagi. ngeh ngeh ngeh.. ingatkan semalam nak sambung je entry ni sekali ngan entry dapur tapi macam em em emmm tak syioklah pulak. kalau asingkan nanti nampak banyak sikit entry. banyak sikit?? nak banyak ke nak sikit ni??  (--")




lagipun kalau gabung dengan entry semalam nanti jadi panjang pulak. korang mane suka baca banyak² ni kan?? lalalalala.. :p




sebelum jadi lebih panjang, better teruskan je niat nak update pasal dekorasi ni. nanti kang melencong tempat lain pulak. okey, untuk pintu bilik atas, saya tak gunakan langsir. sebab malas nak jahit. HAHAHAHAHAHA.. boleh tak bagi alasan tu?? nantilah tunggu rajin baru letak langsir. ni sementara je kot. nak tunggu sampai rosak baru tukar langsir. boleh?? LOL!!




ni lah yang saya maksudkan.. :)






saya guna tirai ni je. jimat. hahahaha.. lagipun cantik jugak pe. kan kan kan?? :p ingat nak beli langsir tapi nanti macam nampak semak pulak. tapi depends lah nanti. kot² terbukak hati nak pasang langsir kat pintu kan. heee.. em, lantai tu saya cat je. takde nak guna tiles or tikar getah. rasanya saya ada bagitau dulu kot. try check kat entry INI..




dah. tu je nak story. nanti cerita pasal lain pulak. tata. :)













.













eh lupe nak bagitau. tirai ni saya beli kat Aeon je. alah sape² yang selalu pergi Aeon Bukit Raja kan, kadang² ada orang jual barang² yang kononnya murah kat Ground Floor tu, haaa kat situlah saya beli. tapi tak tau lah sekarang ni ada lagi ke tak. sebab Aeon Bukit Raja kan tengah renovation. banyak kedai tutup. hehe.. okey. tu je. bai!!


Monday, June 10, 2013

lembab sangat!! (--")

Assalamualaikum..




baru je ingat nak update blog malam tadi tapi tak dapat sebab internet takde connection.. dah banyak kali restart pun still tak boleh.. nak kata tak bayar bil, saya dah bayar dah aritu. ke memang celcom tengah problem malam tadi?? T_T





punyelah berkobar² nak update pasal progress dapur. last² tak dapat nak update. nak update kat opis macam tak syok pulak. lagipun gambar dah tranfer kat pc rumah. alahai. sudahnya, tak dapatlah nak update. (--")




nanti balik nak update lah. kalau biar lama² nanti basi pulak cerita tu. kihkihkih.. tu pun kalau internet okey. kalau tak okey jugak kenalah tunggu sampai okey. okey tak?? entah bilalah nak okeynye. kang tak pasal² terus tak terupdate. muehehehe.. :p




dah, tak boleh lama². nanti kena jeling ngan bos. hihihihihihihihiihihi.. tata.

Friday, June 7, 2013

update belog di kala kebosanan itu sangat ohsem!!

Assalamualaikum semua..




ada yang dah tidur ke?? rilek brader.. malam masih muda.. kuikuikui.. dah pukul 11, muda kejadahnye?? okey, saya update belog lagi hari ni sebab saya tengah bosan. cik abang pergi main futsal. dan saya update belog lah ape laaaggggiii.. hihihi..




sambil update belog, sambil tangan menggaru kaki sebab nyamuk banyak!! eee tensen betul!! nyamuk halus pulak tu. kalau nyamuk beso tu boleh lagi nampak. ni tak nampak langsung. tau² dah gatal. T_T




eh, entry ni macam takde menda je nak story. tapi, bosan pulak kalau tak story. hehehehe.. gosip nak tak?? eh eh kalau pasal gosip laju je ek?? dah macam minah kepoh la pulak nak gosip² bagai. boleh ganti kiah propa tak?? keh keh keh..




actually saya tak faham dengan certain orang yang selalu perasan saya ni ikut dan buat ape yang dia buat. ehhhh.. no.. no.. rasanya saya tak de pun nak tiru² orang ni. semua saya buat sendiri.. euhh gelimat mat mat. asyik nak perasannnnnnnnn je kejenye. pelik.




kalau pasal blog ni, semua saya carik dan buat sendiri. just google and then try buat. kalau error, cuba lagi sampai dapat. bukan macam sesetengah orang tu. perasan sangat saya tiru dia. oh pleaseeee.. dia tak ingat kot dulu² dia jugak yang tanya saya macam² pasal blog.. camne nak tambah itu, camne nak tambah ini. pastu pasal benda remeh je mula lah nak tuduh saya tiru?? eee tak tahu malu betullah. shame on you!! kesian pulak dengan orang yang camni. yelah yelah. nak sangat kan kata saya tiru.. takpe, amek je lah.. tapi nak tengok jugak blog dia tu. menarik sangat ke sampai nak kata saya tiru?? tengok sikit??




eh, tak payahlah tengok. buang masa pulak. bukan ade yang menarik pun. saya punya blog pun memang blog syok sendiri. tapi dia punya lagi syok sendiri. HAHAHAHAHAHA.. eh eh terketawa pulak. nak nangis sebenarnya ni.. sedih. sedih sangat² sebab ada jugak orang yang nak bandingkan ape yang dia buat tu dengan saya punya. yelah, kesian, kannn.. dia nak dapat namalah tu. iskk iskk.. sedih. *srooottt srooottt.. [lap hingus]





kalau orang lain boleh hentam saya kat blog, jangan ingat saya tak boleh nak hentam balik. jangan ingat selama ni saya diam, saya tak tahu ape yang orang buat kat belakang saya. saya percaya pada ALLAH, dan yakin ALLAH akan bantu saya.




cukup-cukuplah perasan ye. sebelum mengeluarkan pape statement, fikir dulu. jangan nanti termakan dengan kata² sendiri.




tata.

haaaarapannnnnnnnn.. harapan menjadi laaaaaaaaayuuuuu.. T_T

Assalamualaikum..




Jumaat sudahhhhh.. ingatkan hari ni hari Sabtu. sebab jalan lengang habisss.. hew hew. seronok pulak drive pagi tadi. ramai yang cuti kot?? cuti sekali ngan anak². kan?? pandai tak saya teka?? kehkehkeh..dah memang time cuti sekolah, mak bapaknye pun nak ikut cuti jugak.. tu biasa.. :)





selesai sudah saya punya dua perkara yang saya bagitau aritu. lega. memang sangat² lega. rasa macam baru lepas berak. eh ni nape mesti kena kaitkan dengan berak?? LOL!! *tetibe* em, pasal exam tu saya tawakkal je. tapi macam tak lulus sebab rasa macam banyak salah. HAHAHAHAHAHAHA.. nak buat camne?? dah nama pun exam. bukan kite boleh expect soalan ape yang keluar. ye dak?? doa² je lah lulus. tu je lah yang mampu.. berserah. :)





pasal interview tu saya memang yakin sangat² tak dapat. huhu.. orang yang interview tu macam kerek je. tau tak maksud kerek tu camne?? rasa menyampah pulak bila ingat balik muka orang tu. (--") siap cakap saya tak buat persediaan. hakikatnye, saya tak cukup tidur sebab nak baca macam². banyak jugaklah saya baca. tapi, semua takde kena tanya pun. *stress* tapi, saya tak dapat nak betah balik ape yang dia cakap tu.





saya kena soal pasal 1Malaysia. saya dah jawab dah. tapi maybe saya jawab sikit je kot. dia nak suruh saya berceramah kat depan dia agaknye baru dia puas hati. pastu dia cakap, "tu je??" saya jawab je lah, "tu je lah yang saya tahu" boleh pulak dia cakap "takkanlah tu je?? awak ni, INTAN kan tempat berceramah.. malulah orang INTAN kalau dapat tau." dalam hati saya memang membara jugaklah. saya ni buat claim penceramah je, bukan bagi ceramah. duduk kewangan pun buat kerja senyap, tekan² kalkulator. bukannye bagi ceramah pastu bebel² depan pc & kalkulator. nak je cakap camtu depan dia tapi nanti dia kata saya rude pulak. (--") ke nak saya nyanyi lagu Sayang sambil buat gaya macam Bobo?? LOL!!





pastu dia tanya pasal kerja pulak. bila saya jawab saya cuma buat claim untuk penceramah n claim bil telefon, dia boleh cakap "tu je?? sikitnya kerja awak?? rileksnya awak kat sana.." amboi kemain dia cakap camtu kan?? dia tak tau ke penceramah ni ramai?? ai, kate tau INTAN tempat orang bagi ceramah.. takkanlah tak tau berapa banyak orang yang bagi ceramah?? 1 hari pun boleh sampai 20 claim. belum masuk yang kena kuiri, tak cukup itu, tak cukup ini, dah kene call orang mintak ape yang tak cukup. orang yang tak buat kerja tu senang je cakap "rileks". pehhhhhhhhhhhhhh.. meh datang sini tolong saya buat claim. boleh?? :)





pasni malaslah nak interview kat Putrajaya. dah lah datang jauh². pastu interviewer layan camtu pulak. waste my time. baik tak payah datang lagi bagus. kalau taknak bagi saya kerja tu, cakap je lah taknak bagi. boleh pulak cakap saya tak buat persediaan. tak patut betul. cakap dengan nada yang annoying pulak tu. dengan orang lelaki boleh pulak bergelak² kat dalam bilik tu sampai luar boleh dengar.. dengan perempuan takde pulak. ergghhh!!





maghah ni maghah..





sorry. saya bukan nak buruk²kan interviewer. tapi kalau dah camtulah cara orang interview, memang tak patutlah kan. kita sama² manusia. faham tak maksud saya?? (--")





haihhh.. keluar dari bilik interview terus spoil mood. sampai sekarang masih tak puas hati dengan interview semalam. rasa macam nak interview balik je. tapi taknak dengan orang yang sama. nak orang lain. tapi, dah tak boleh. T_T











...











..









.










sebelum masuk bilik temuduga semalam, borak²lah ngan akak² yang datang interview jugak. dorang ni kerja swasta. tak pernah masuk bangunan kerajaan. so, semalam first time dorang masuk. nak² pulak masuk JPM kan, yang kena siap amek² gambar kat security tu. akak tu complainlah, staff kat security tu takde budibahasa. alkisahnya camni, kalau nak masuk JPM, kena tinggalkan i/c ngan lesen. pastu kena amek gambar pulak. akak tu tak faham ape yang staff security tu cakap. then akak tu buatlah muka tak faham. pastu tetibe kena marah. staff security tu suruh berdiri belakang garisan kuning. akak tu pun ikut je lah ape orang tu suruh.. dengan muka tak puas hati, akak tu cakap kat saya, "camni ke orang yang kerja kerajaan??" pehhhhhhh.. sentap jugaklah rasa kat hati saya ni haaaa.. tapi nak buat camne kan?? kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..





tata.

Monday, June 3, 2013

nervous dan nervous

Assalamualaikum..




fuhhhhhhhhhhhh.. terkedu dan terkelu. otak tengah jammed!! apakah ini?? apakah?? apakahhhhh kahhh kahhhh?? mesti korang tak faham kan?? hehehe.. mula² dah fuh fuh bagai. kalau nak tau tu namanya melepaskan lelah nervous. kikiki..




actually saya tengah nervous untuk dua perkara. yang first, exam BITK. yang second, interview Penolong Pegawai Tadbir N27. tau tak tarikh untuk dua² tu dekat?? exam BITK 05.06.2013.. interview pulak 06.06.2013. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. mane tak nervous??!! bukan setakat nervous, stress pun ade sekali ni sebab tak tau nak study yang mana satu dulu. dah macam masa zaman² study dulu. takut² nanti last² dua² tak terbaca, dua² tak study. haaa camne tu??





interview pun kena study banyak wei. nanti kena tanye macam², pengsan jugak nak jawab ape nanti kannnn. uwaaa.. risau. mintak²lah dapat interviewer yang tak tanye soalan pelik². [HOPE]





sekarang ni asal nak makan je mesti rasa nak makan laju² je. tau² nasik kat pinggan dah habis. kalau buat kerja nak laju² je, tau² dah siap. nak berak punnnnn.. errr.. takpe. nak tidur pun rasa macam taknak tidur sebab asyik fikir je dua benda tu. makkkk!!T_T




eh, jap. BITK tu exam untuk orang yang buat kerja kewangan je. bukan exam kat sekolah ke, kat U ke, kat V ke, kat W ke. pape je lah. ha tengok dah melalut ni. nampak tak saya tengah nervous?? nampak tak?? nampak tak?? (--")





korang doakanlah saya LULUS exam BITK tu ek.. boleh tambah 40 hengget. walaupun sikit tapi RM40 tu amat bermakna tau. boleh buat beli makanan jugak pe. kehkehkeh.. pastu doakan saya dapat Penolong Pegawai Tadbir tu. sape yang taknak kan?? kot² rezeki saya. lepaslah jugak buat bayar hutang PTPTN setiap bulan. amin.. :)





okey, saya akan cuba tenangkan hati dan fikiran walau hakikatnya tak boleh.(--")





tata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...