terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Thursday, August 11, 2011

Kes Keracunan Makanan Di Meru Bukan Disebabkan Wabak Kolera

KLANG, 10 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Selangor mengesahkan kes keracunan makanan yang dialami dua keluarga yang dipercayai berpunca daripada juadah berbuka puasa di sebuah Bazar Ramadan di kawasan Meru dekat sini, bukan akibat wabak kolera.


Pengarahnya Azman Abu Bakar berkata pihaknya telah mengambil sampel najis daripada kesemua mangsa keluarga terbabit untuk dianalisis dan keputusan mendapati ia negatif kolera ataupun taun. 


"Mula-mula kita suspek taun atau pun kolera dan keputusan sampel analisis mendapati (kes keracunan makanan) bukan disebabkan wabak kolera," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu. 


Akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun meninggal dunia Isnin lepas setelah muntah dan cirit-birit dan keluarganya pula dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama, dipercayai setelah menikmati juadah berbuka puasa seperti otak-otak serta air batu campur di sebuah bazar Ramadan di kawasan Meru. 


Menurut Azman, sekeluarga lagi turut mengalami simptom yang sama dipercayai setelah menikmati juadah berbuka puasa di bazar Ramadan yang sama, namun tiada kes kematian dilaporkan. 


Mengulas lanjut, Azman berkata Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan di kementeriannya turut mengambil sampel makanan dari bazar Ramadan terbabit Isnin lepas untuk dianalisis dan pihaknya sedang menunggu hasil keputusannya. 


"Kita telah mengambil sampel tertentu daripada peniaga makanan dan tumpuan kita kepada peniaga otak-otak, air batu campur dan beberapa makanan lain," katanya. 


Azman menasihatkan orang ramai agar mendapatkan rawatan di hospital jika didapati muntah-muntah dan cirit-birit setelah menikmati juadah berbuka puasa di bazar Ramadan di Meru. 


Sementara itu, Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ikhsan Mukri dalam kenyataan berkata MPK telah mengambil sampel makanan dan minuman yang dijual di bazar Ramadan di Jalan Kenangan dan Jalan Haji Salleh, Meru di sini. 


Beliau berkata pihaknya melalui Unit Kawalan Makanan sudah membuka bilik operasi dan menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit. 


"Selain itu, operasi ini akan diteruskan dan bilik gerakan juga sedang beroperasi di kawasan berkenaan untuk memantau keadaan," katanya.

 
--BERNAMA


sumber : SINI


************ 
 
 
@ ini adalah susulan dari berita SEMALAM..ape² pun,kita kena berhati² bila membeli juadah berbuka kat luar..kang tak raya pulak nanti kangggg.. 


@ take care!! ^_^.
 
 

# notakecik : semalam dapat buka murtabak!!hihihihi..


1 comment:

[sutera kasih] said...

hati2 beli juadah di bazaar huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...