terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Wednesday, August 10, 2011

Murid mati makan juadah berbuka

Enam turut alami muntah, cirit birit.

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.


Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama. 


Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.


Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.


Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.


“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

 
Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.


“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

 
“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

 
Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

 
Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

 
Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

 
Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.


sumber : SINI


*************


@ pssst²,ni kat kawasan rumah aku ni..erkk!!nasib baik tak pernah beli kat bazar situ lagi..


@ hati² bila beli makanan kat bazar Ramadhan or pasar..walau ape² pun,tu tetap makanan LUAR dan kalau kita tak hati²,takut kita makan makanan yang dah tercemar..


@ jangan terlalu ikut nafsu ye sayang²ku sekalian..makan lah dengan ape yang ada..


@ baik masak sendiri kat rumah, tu lagi selamat..tapi kalau mengidam macam² camne ekkk??senang cite,korang kena pastikan peniaga tu jaga kebersihan..


@ sebelum makan,baca doa makan..InsyaALLAH rezeki yang masuk dalam perut kita tu akan selamat..



#notakecik : aku dah mengidam makan murtabak dari 1st puasa lagi,tapi tak dapat² lagi ni camne??bila ade kes camni rasa macam takut nak beli la pulokkkk!!kempunanlah akuuuuu!! T_T


13 comments:

emarieys said...

kalau betul ianya dtg dari bazar ramadhan itu..sama saja peniaga

si cantik sally said...

wehhhhhhhhh...dasyatnye..takot la pasni nk li juadah buke kat luor..

Amin said...

Takotnya..Sian pada yang terlibat T_T..akan lebih berhati-hati

Izzati Liyana Sabri said...

uish. sedih + menakutkan. tapi kan. kadang-kadang tengok kedai tu bersih, dorg biasanya masak dekat rumah ke kedai ke, mcm mana nak tahu kan. takut pulak nak makan luar. sampai mcm ni. tapi ayah kawan saya pun ada yang meninggal sebab keracunan makanan. balik rumah muntah-muntah, terus meninggal. :(

apa-apapun mungkin dah sampai ajal arwah. innalillah..

.F.i.D.a. said...

uik? meru? baru haritu pegi bazar meru. huhu. :)

pgi uma kawan kat meru. :D

Ct Arina said...

2 hari lepas saye pun food poisoning gak. tp xtaw la punca dari mane. biase la kan. kalau dah jual byk2 kat bazar tu. dah tentu2 tercemar sbb makanan dorang terdedah. kite la yg kene hati2.

Arina Shamsul said...

rasa seram pulak nak beli kat bazar lepas baca entri ni..nauzubillahmin zalik..sesungguhnya ajal itu ketentuan ALLAH tapi.berhati-hati itu perlu..;-)jemput singgah >http://wwwmarina-arina.blogspot.com/

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

al-fatihah utk arwah...

kena hati2 la bila nak membeli ye...

lebih baik masak sendiri lah lg senang...

Blog Skuter Merah Jambu said...

baik masak sendiri..dah tentu terjamin kebersihannya...:)

AA said...

innalillah --"

Anonymous said...

Kesian budak tu T^T

Hehehe, kte hari2 mkn murtabak ;)

Pocket said...

tapi si bapak nyer katanyer tak nak saman kan..

kalau pocket saman bebelas juta trus. tak tau la sapa yg nak bayar,
tp ilang anak wei!! takkan tak mintak ganti rugi!?

inni mesti ada agenda tersembunyi.
uhuuh..

alin said...

MamaEma : hmmxsure la pulak kan..tp mende dah jadi..yg penting kene hati2 la..

si cantik sally : hahahahaha aku belasah je makan ape2..tp jgn la beli kat kedai yg kotor2 wei..senang cite,beli makanan panas je..kekeke..ape aku melalut ni wei.. ;p

Amin : dah ajal budak tu kan..hmm..

.izzati liyana. : bahaya kalau makan kat luar ni..kite xtau bahan2 yg dorg guna tu kot2 da expired kan..huhuhu..

fida : member org meru??hihihihi..best x jalan2 kat meru..boleh jumpe lori banyak2 kannnn??kekekekeke.. ;p

Ct Arina : aikk??awk food poisoning??skrg ni ok ke x??take care k dear.. :)

Arina Shamsul : pape pun kite kene terus berhati2 k.. :)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ " haaa tu la..bek makan ape yg mak masak..heeee.. ;p

Ana Ghazali : kannn..masak sendiri baru puas hati..

♥ MS ♥ : innalillah..

Nurnajwa : wekkkk!!xherannn..smalam dapat makan murtabak gakkkk..kekekeke.. ;p

Pocket : tu la kann??sy pn ade pk cmtu gak..tp xbaik la pk bukan2..huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...